Malaysia Dateline

AMANAH seru sepakat dalam gabungan besar pembangkang

AMANAH menyeru semua komponen blok pembangkang untuk mencapai kata sepakat dalam membentuk gabungan besar pembangkang (Grand Coalition).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, semua parti terbabit termasuk Pakatan Harapan (PH), Pejuang, Warisan, Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Sarawak Bersatu (PSB), MUDA dan lain-lain

“AMANAH menyambut baik saranan Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanahair, Datuk Wira Marzuki Yahya dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Shafie Apdal untuk membentuk gabungan besar pembangkang.

“Kerjasama ini sangat penting untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang mungkin bakal diadakan bila-bila masa sahaja,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Untuk rekod, sidang Parlimen ke-14 berakhir pada 16 Julai 2023.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan mengadakan PRU-15 sebelum 13 April 2021 iaitu sebelum bulan Ramadan tahun depan. 

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin pada masa ini disokong hanya 112 kerusi berbanding 108 kerusi di pihak pembangkang di Parlimen.

Umno menguasai 39 kerusi manakala Bersatu diterajui Muhyiddin mendapat sokongan enam wakil rakyat asal parti itu, 15 Ahli Parlimen yang melompat dari Umno ke Bersatu, dan 10 wakil lagi melalui Azmin Ali yang meninggalkan PKR.

Sementara itu, PN dan Barisan Nasional (BN) juga akan duduk semeja bagi membincangkan pembahagian kerusi pada PRU-15 dalam masa terdekat.

Namun, lain pula nada Pas yang bersama Umno dalam Muafakat Nasional (MN) sejak tahun lepas itu berhubung gagasan politik baharu yang dicadangkan oleh Bersatu.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap gagasan politik baharu yang bakal dimeterai PN, BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memerlukan masa.

LANJUT MENYUSUL