AMANAH sokong DBKL tolak permohonan pesta arak

Zolkharnain Abidin

Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Zolkharnain Abidin menyokong tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran festival arak ‘Better Beer Festival 2017’ di ibu negara.

Beliau berkata, sewajarnya festival sebegitu tidak dianjurkan lagi pada masa akan datang oleh mana-mana pihak kerana bantahan yang dibuat oleh pelbagai pihak membuktikan secara jelas rakyat negara ini menolak penganjuran acara negatif sebegitu.

“Semua peraturan yang ada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan, atau enakmen yang terpakai di peringkat negeri perlu dikuatkuasakan untuk memastikan acara sebegini tidak berlangsung lagi pada masa akan datang.

“Alasan-alasan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak sudah cukup untuk membuka mata penganjur bahawa acara negatif itu ditolak oleh segenap lapisan rakyat secara tegas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun manasihati para pemimpin politik, sama ada pihak yang memandang penganjuran acara ini dari sudut keluasan ruang demoktasi, atau yang melihatnya dari sudut kerosakan moral, agar lebih berhemat dalam mengeluarkan sebarang kenyataan..

Ini katanya supaya tidak mengundang keresahan umum dengan isu-isu sensitif sebegini.

“Isu-isu sensitif sebegini memerlukan kehemahan bertahap tinggi utk ditangani supaya tidak menatijahkan implikasi buruk yg lebih besar.

“Marilah kita memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki negara ini daripada terus berdepan dengan pelbagai kerosakan hasil bikinan tangan pemimpin Umno-BN.

“Momentum gerakan rakyat untuk menolak Umno-BN dalam PRU akan datang tidak wajar direncatkan dengan pelbagai isu-isu yang bersifat provokasi bertujuan memberi nafas kepada Umno-BN untuk menyambung hayat kuasanya yang semakin nazak,” katanya.

CATEGORIES
TAGS