Amanah sukar kalahkan Pas, kata Mustafa Ali

Amanah sukar kalahkan Pas, kata Mustafa Ali

Pas menganggap Amanah masih jauh terkebelakang dan sukar untuk mengalahkan parti itu dalam mana-mana pilihan raya kecil (PRK) atau pilihan raya umum (PRU).

Merujuk kepada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini, ketua pengarah pilihan raya Pas Datuk Mustafa Ali berkata undi Pas mendahului Amanah di semua kerusi yang ditandingi mereka.

“Yang peliknya PAN (Amanah) bertanding di tempat yang kita bertanding sebab dia nak lawan Pas dan dia yakin dia boleh mengalahkan Pas.

“Tapi Alhamdulillah tempat yang kita dan Amanah bertanding kita mengalahkan Amanah semua sekali walaupun kita tak menang dalam pilihan raya,” katanya dalam program pelancaran jentera PRK Sungai Besar peringkat kawasan Selayang dan meraikan jentera PRN Sarawak di Bandar Baru Selayang malam tadi.

Malah kata Mustafa, Pas hanya kalah tipis kepada BN di Beting Maro sebaliknya Amanah hilang deposit.

Undi diterima PAS meningkat dari 2,678 (tahun 2011) kepada 3,051 (tahun 2016) di Beting Maro dan Amanah hanya memperoleh 103 undi.

Di Muara Tuang pula katanya, pada PRN ke-10 Pas tidak hilang deposit namun akibat berlaku tiga penjuru, Pas dan Amanah masing-masing hilang deposit.

“Ada tempat yang dua-dua hilang deposit tapi kita lebih banyak dari dia. Menang juga.

“Muara Tuang dulu kita pernah bertanding dan tak hilang deposit. Bila berlaku tiga penjuru dia hilang deposit kita pun hilang deposit tapi undi kita lebih anyak dari dia. Dari segi undi menang kita. Jauh lagi untuk dia nak mangalahkan Pas,” katanya lagi.

Beliau juga menegaskan, Pas kekal tidak menang namun Dap hilang lima kerusi daripada 12 kerusi yang diperatdningkan menunjukkan Pas berpotensi untuk memang pada PRN akan datang.

“Pilihan raya Sarawak kali ini bukan kita sahaja tak menang tapi ada parti yang tempat dia. DAP menang 12 dun kalah 5 dun tempat kubu dia. PKR mengekalkan 3 dun. Kita mengekalkan tak menang kita. Kita tak kalah kita kekal tak menang,” katanya.

Turut berucap malam tadi ialah bekas calon Pas Dun Sebuyau, Wan Abdillah Wan Ahmad.

TAGS