Negara mampu selesaikan isu kebajikan rakyat tanpa berlaku ketirisan wang

Negara mampu selesaikan isu kebajikan rakyat tanpa berlaku ketirisan wang

 Urusan kebajikan rakyat sepatutnya boleh diselesaikan dalam sebuah negara dengan hasil mahsul mewah seperti Malaysia malangnya negara ini ditadbir dengan ketirisan sehingga wang berbillion dibazirkan, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Urusan kebajikan rakyat sepatutnya boleh diselesaikan dalam sebuah negara dengan hasil mahsul mewah seperti Malaysia malangnya negara ini ditadbir dengan ketirisan sehingga wang berbillion dibazirkan, luah Presiden Amanah Mohamad Sabu.

 Setelah masuk tahun ketiga berlaku tragedi banjir besar 2014, masih ada mereka yang kehilangan tempat tinggal belum dapat pembelaan sewajar.

Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Kelantan menerusi hasil sumbangan orang ramai berjaya menyiapkan 3 buah rumah bagi diserahkan kepada mangsa banjir terbabit.

Dalam majlis ringkas diadakan Mohamad berkesempatan hadir di majlis penyerahan rumah mangsa banjir di Kuala Krai semalam.

Ketika berucap di majlis ringkas di Sungai Sok, beliau berkata urusan kebajikan rakyat sepatutnya boleh diselesaikan dalam sebuah negara dengan hasil mahsul mewah seperti Malaysia.

“Malangnya negara ini ditadbir dengan penuh ketirisan sehingga wang berbillion dibazirkan begitu sahaja sedangkan rakyat marhaen tidak dapat disediakan keperluan asas.

“Syukurlah di negara ini begitu ramai mereka yang berjaya dan memiliki kekayaan begitu prihatin dan sanggup menderma untuk membela golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Parti Amanah menurut beliau walaupun masih baru dan tidak mempunyai keupayaan kewangan, terus menerus berusaha untuk membantu mangsa banjir kerana mendapati begitu ramai yang masih belum dapat kembali menjalani kehidupan seperti sebelum bencana itu.

“Alhamdulillah untuk kali ini kita dapat sumbangan untuk siapkan sebanyak 3 buah rumah di sini.

“Dua di kampung Sungai Sok ini dan satu lagi di kampung Manik Urai Lama,” katanya.

Pada majlis itu dua orang penerima menerima replika kunci menandakan penyerahan rumah masing-masing dari presiden Amanah Tuan Haji Mohamad Sabu.

Di Sungai Sok, seorang ibu tunggal Som Mat Ail 68, berkata beliau seperti bermimpi mendapat rumah serba baru.

“Hanya doa dan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan ini,” katanya.

Manakala di Manik Urai lama, pasangan penerima Che Basri Che Mat, 54 dan Roznah Zulkifli 44 menganggap pemberian ini amat bermakna bagi mereka sekeluarga.

“Saya seperti tidak nampak jalan apabila permohonan yang diajukan kepada banyak pihak diam begitu sahaja setelah kami kehilangan rumah hampir dua tahun.

“Anak kami yang bongsu dari enam adik beradik mengalami sakit jantung dan menjadi sangat sukar apabila hanya terpaksa berteduh dalam bangsal.

“Saya pun tak tahu apa nak kata untuk berterima kasih kepada rakan-rakan dari parti Amanah yang bersusah payah membantu kami mendapat kediaman yang begini sempurna,” kata Rosnah yang lebih mesra dengan panggilan Nie.

Mohamad Sabu  menandatangani plak di rumah Som Mat Ail.

TAGS