Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
AMANAH tidak terkesan Hasnul tinggalkan parti

AMANAH tidak terkesan Hasnul tinggalkan parti

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON Foto WAN ZAHARI WAN SALLEHMarch 9, 2020 10:14 pm




Mesyuarat tergempar pucuk pimpinan AMANAH hari ini memaklumkan Hasnul Zulkarnain Abd Munaim bukan lagi sebahagian ahli parti itu.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, berkata, keputusan Hasnul yang bertindak meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas, sama sekali tidak memberi kesan kepada AMANAH.

“Pucuk pimpinan AMANAH melalui mesyuarat tergemparnya petang ini ingin memaklumkan dengan ini bahawa Hasnul bukan lagi ahli AMANAH.

“Namun begitu, ditegaskan bahawa tindakan beliau ini tidak akan memberi apa-apa kesan kepada AMANAH dari segi kekuatan dan maruah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid berkata, Walaubagaimanapun AMANAH akan terus berdiri teguh bersama Pakatan Harapan (PH).

Hari ini, Hasnul bersama dua Adun DAP iaitu Adun Tronoh, Yong Choo Kiong; dan Adun Buntong, A. Sivasubramaniam. mengumumkan keluar parti.

Ketiga-tiga mereka membuat pengumuman itu selepas Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mengadakan sidang media khas menyokong pembentukan kerajaan PN di Perak.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production