Parti AMANAH Negeri Sarawak akan menampilkan enam calon muda bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak.
Setiausaha Agung AMANAH Nasional, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli berkata, enam calon berkenaan adalah rata-ratanya berusia di bawah 50 dan 40 an dan merupakan anak tempatan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi nanti.
Justeru, beliau melahirkan keyakinan dengan calon-calon muda yang ditampilkan itu sekali gus akan memberi komitmen yang tinggi apabila berhadapan dengan calon lain pada PRN12 dalam masa terdekat ini.
“Secara jujurnya saya yakin dengan calon-calon AMANAH yang diturunkan kali ini kerana mereka nampak bersungguh-sungguh dan komited bagi memastikan kita berupaya memberi cabaran kepada mana-mana parti lain.
” Maka, dengan kesungguhan yang ditunjukkan itu akan memudahkan lagi gerak kerja yang dilaksanakan semasa berkempen walaupun dibayangi dengan Standard Operasi Prosedur (SOP) ketat pada PRN12 kali ini, ‘ tegas Dr Mohd Hatta.
Beliau berkata demikian ketika ditemui seleoas melawat Bilik Gerakan AMANAH DUN Demak di Kuching hari ini.
Selain melawat Bilik Gerakan AMANAH Demak Laut, beliau turut meninjau bilik gerakan di DUN Samariang, Muara Tuang, Gedong dan Sebuyau.
Keesokannya, Dr Mohd Hatta ke Sibu untuk meneruskan lawatan ke bilik gerakan di DUN Kabong, Semop, Kuala Rajang dan Jemoreng.
Lawatan berkenaan adalah bertujuan untuk melihat persediaan jentera parti dalam menghadapi PRN12 Sarawak pada 18 Disember ini.
Sementara itu, beliau turut berharap agar SOP kempen yang dilaksanakan nanti dapat memberi peluang sama rata kepada semua parti yang bertanding.
Ini kerana, katanya jika SOP hanya dibuat itu hanya diguna pakai oleh beberapa pihak sahaja sedangkan yang satu pihak lagi selesa semasa berkempen, ternyata ia tidak sangat adil.
“Biar kita bersana-sama bermain dengan padang yang sama-sama rata dan sekiranya nampak berat sebelah, maka rakyat akan dapat menilai sendiri kelak.
” In shaa Allah.. Apa pun, saya amat berharap semoga sembilan kerusi yang ditandingi kali ini mampu mencatat sejarah tersendiri Di Sarawak lebih-lebih lagi AMANAH bukanlah asing di negeri ini kerana kita sudah pun bertanding PRN11 dan Pilihan Rata Umum (PRU) Ke-13 2016 lalu, ‘ tambahnya.