Malaysia Dateline

AMANAH telah turun ke Yan bantu mangsa banjir kepala air

Sebaik saja mendapat makluman tragedi ‘kepala air’ yang berlaku di Yan, Kedah, AMANAH Negeri Kedah bersama-sama dengan Pemuda dan ARIF Negeri Kedah segera turun padang ke lokasi bersama-sama dengan pimpinan bagi membantu mangsa-mangsa terlibat.

Pengerusi AMANAH Kedah dan timbalannya turun berjumpa dengan mangsa.

Menurut Ketua Pemudanya, Mohd Ridzwan Arshad Ahmad, beberapa lokasi kejadian telah dilawati oleh Pengerusi AMANAH Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, Timbalan Pengerusi, Datuk Dr Ismail Salleh serta pimpinan Pemuda AMANAH Negeri dan juga kawasan.

“Antara bantuan segera yang diberikan ialah proses sanitasi rumah mangsa melibatkan Pemuda AMANAH Kedah, ARIF dan juga Nasional serta juga menyalurkan bantuan berupakan set bakul makanan asas dan juga agihan makanan serta membersihkan rumah mangsa terlibat.

“Selain itu AMANAH Negeri Kedah juga membuka bilik operasi bagi memudahkan sokongan dan bantuan disalurkan kepada mereka yang terjejas dan terlibat dalam tragedi hitam ‘kepala air’ tersebut.

“Bantuan membersihkan rumah mangsa turut dilaksanakan di sekitar daerah Yan dan juga Merbok serta kawasan berdekatan,” ujar Mohd Ridzwan lagi.