AMANAH tembusi kawasan Felda di Tampin

Khalid Samad bercakap dengan warga Felda di Felda Jelai.

AMANAH berjaya menembusi kawasan Felda di Tampin yang selama ini menjadi kubu kuat Umno apabila berjaya membuat program di Felda Jelai baru-baru ini.

Bukan setakat ceramah saja, mereka berjaya membuka bilik gerakan di Kompleks Felda Jelai.

“Kita akan jadikan bilik gerakan ini sebagai platform untuk memperkenalkan AMANAH dan gerak kerja pilihan raya bagi menghadapi PRU 14,” kata Mohd Ali, Timbalan Ketua AMANAH Tampin.

Selain ceramah, AMANAH Tampin aktif menggerakan jentera Amanah dengan menziarahi orang sakit, menyampaikan sumbangan keperluan harian dan sebagainya.

Antara warga Felda yang turun mendengar penerangan dari AMANAH.

Baru-baru ini mereka mengadakan program minum petang bersama Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad di Kompleks Felda Jelai yang dihadiri puluhan penduduk di kawasan itu.

Dalam pilihan raya umum ke 13 lalu, calon Pas, Abdul Razakek Abdul Rahim kalah kepada calon BN, Datuk Shaziman Abu Mansor dengan majoriti 11,162.

Punca utamanya, calon Pas ketika itu gagal menembusi kawasan Felda termasuk di Tampin.

Kawasan Felda mempengaruhi 54 kerusi parlimen di Malaysia, antaranya Tampin.

CATEGORIES
TAGS