Malaysia Dateline

AMANAH terima kepimpinan Perdana Menteri, kata Mohamad Sabu

Parti AMANAH Negara (AMANAH) tidak menghadapi masalah dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan cara kepimpinannya.

Presidennya Mohamad Sabu berkata, apa yang diungkitkan pihak di luar berkaitan Dr. Mahathir dan kedudukannya hanyalah spekulasi semata-mata.

“Kita (AMANAH) tidak ada masalah, yang timbul itu daripada orang luar. Kami PH tak ada masalah. Perdana Menteri sekarang Tun Dr Mahathir,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu di Wisma Perwira hari ini seperti dipetik MG.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sokongan PKR terhadap kepimpinan Dr. Mahathir sebagai PM walaupun terdapat khabar angin yang menyatakan usaha membawa undi tidak percaya terhadap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu sebagai perdana menteri.

Malah, katanya, PH tidak pernah membincangkan dalam mesyuarat perkara-perkara yang membabitkan kepimpinan Dr. Mahathir