Malaysia Dateline

AMANAH terus bantu ringankan beban mangsa bencana banjir puing Yan

 

Pemuda AMANAH Kedah, ARiF Kedah dan ARIF Selangor menyampaikan sumbangan pasca banjir kepada penduduk Yan dan Merbok.

Walaupun hampir tiga minggu bencana ‘kepala air’ atau banjir puing berlaku yang menjejaskan 1,400 kediaman di Yan dan Merbok, pimpinan AMANAH Kedah masih meneruskan usaha membantu membersihkan rumah-rumah mangsa yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap.

Ketua Pemuda AMANAH Kedah, Mohd Ridzwan Arshad Ahmad berkata, kerjasama dengan sayap Pemuda dan ARiF juga melibatkan usaha menyalurkan pelbagai sumbangan kepada penduduk terlibat yang kehilangan harta benda.

“Ini bukan suatu musibah yang kecil. Terdapat kawasan terlibat yang rata-ratanya telah bertukar secara total perubahan fizikal dan geografi setempat.

” Misi ARiF Selangor turut sama kali ini menjejak bumi Yan bagi meneruskan bantuan ke beberapa buah kampung iaitu Kampung Sungai Malai, Kampung Batas Ubi dan Kampung Teroi Bukit.

“Selain Yan dan Merbok, bantuan juga disalurkan kepada penduduk di Kuala Muda dengan harapan bantuan yang diberi dapat membantu untuk meringankan beban yang terpaksa mereka tanggung walaupun sudah menjangkau hampir tiga minggu,” kata Mohd Ridzwan lagi.

Penduduk terjejas terus diberi bantuan lantaran skala kemusnahan ‘tsunami’ darat yang besar dari puncak Jerai.