Amanah tidak main politik kayu tiga, kata Salahuddin

Amanah tidak main politik kayu tiga, kata Salahuddin

 

 

 

 

 

Parti Amanah negara (Amanah) menegaskan mereka tidak mengamalkan 'politik kayu tiga' dengan mengadakan kerjasama bersama parti lain selepas wujudnya Pakatan Harapan, kata Timbalan Pengerusinya, Salahuddin Ayub.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Amanah negara (Amanah) menegaskan mereka tidak mengamalkan ‘politik kayu tiga’ dengan mengadakan kerjasama bersama parti lain selepas wujudnya Pakatan Harapan, kata Timbalan Pengerusinya, Salahuddin Ayub.

Menurut beliau, sikap membuka pintu rundingan dengan Pas hanyalah untuk mengelak pertembungan tiga penjuru dan memastikan berlakunya pertarungan satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Amanah sangat mementingkan perpaduan dan kerjasama yang utuh dalam Pakatan Harapan setelah memberikan komitmen menandatangani dokumen perjanjian Pakatan Harapan.

“Tiada kerjasama politik selain dalam kerangka persefahaman Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Salahuddin berkata, dengan penjelasan ini diharap dapat memperbetulkan salah anggap berhubung kenyataan beliau semalam.

Media semalam melaporkan kenyataan Salahuddin bahawa Amanah sentiasa membuka pintu kepada semua pihak termasuk PAS untuk mengadakan perbincangan jika parti-parti pembangkang mahu hanya satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang.

Sehubungan dengan pendirian itu beliau berkata, kerjasama itu hendaklah dilakukan melalui Pakatan Harapan.

“Ia bukan secara bersendirian tanpa pengetahuan atau persetujuan pihak Pakatan Harapan,” jelas beliau.

TAGS