Malaysia Dateline

Amanah tidak sertai solidariti Baitulmaqdis kerana tiada jemputan,kata Salahuddin

Parti Amanah Negara (AMANAH )tidak akan menghantar wakil bagi Perhimpunan Solidariti anjuran Umno- Pas Jumaat ini kerana tidak menerima sebarang jemputan.

Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berkata sekiranya pihak penganjur benar-benar mahu menjemput parti pembangkang sertai himpunan rakyat, dari awal telah berbuat demikian.

“Kalau betul-betul serius, panggillah pemimpin kami.Kita bermesyuarat mengenai perkara ini.

“Setakat ini, kami tidak menerima sebarang bentuk jemputan,” kata  menjawab pertanyaan media selepas mengadakan sidang medianya di ibupejabat AMANAH hari ini.

Walau bagaimanapun Salahuddin menyatakan sokongan parti itu  terhadap mana-mana pihak  yang dilakukan kepada perjuangan rakyat Palestin.

“Dalam hal ini, kami komited mempertahankan rakyat Palestin.

“Malah, sejak dari mula isu ini timbul, kami sudah menghantar memorandum dan mengemukakan bantahan berhubung perkara ini,” ujarnya.

Pakatan Harapan sudahpun mengadakan himpunan solidariti Baitulmaqdis Jumaat lalu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru kesemua pemimpin dari mana-mana parti politik menyertai Perhimpunan Solidariti dalam memperjuangkan nasib rakyat Baitulmaqdis di Palestin.

Menurut beliau, perbezaan agama serta fahaman politik harus diketepikan pembangkang dalam memperjuangkan isu ini demi mempromosikan keamanan bersama.