Amanah tubuh 11 lagi cawangan di Pasir Mas, digerak tokoh masyarakat

Amanah tubuh 11 lagi cawangan di Pasir Mas, digerak tokoh masyarakat

Selepas perisytiharan penubuhan 11 cawangan Amanah di Dun Selising Pasir Puteh dua hari lalu, malam tadi penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa menerima borang keahlian penubuhan 11 cawangan baru di Dun Chetok Pasir Mas.

“Majlis ini asalnya kita bercadang merasmikan hanya 5 cawangan baru, tetapi Alhamdulillah yang terjadi malam ini ialah 11 cawangan,” kata ketua Amanah kawasan Pasir Mas, Che Rahim Daud.

Beliau yang turut berucap di majlis itu mengucapkan tahniah dan terima kasih atas daya usaha para penyokong Amanah di Dun berkenaan atas gerak kerja yang begitu pantas dan bersungguh-sungguh.

Che Rahim Daud“Saya sendiri terkejut kerana yang turun berusaha menubuhkan cawangan-cawangan ini terdiri dari golongan yang berkedudukan tinggi dalam pelbagai bidang.

“Ada yang berpangkat datuk, doktor falsafah, tokoh korporat, ahli undang-undang terkenal, jurutera dan tokoh agama yang  terlibat secara langsung menggerakkan orang ramai untuk menubuhkan cawangan-cawangan dalam Dun ini,” katanya.

Beliau dalam ucapannya menganggap semua ini terjadi kerana kefahaman terhadap situasi politik yang sedang berlaku sekarang.

“Pertembungan sekarang ialah antara mengekalkan tradisi atau bersama kebenaran.

“Ada yang menganggap mereka tetap mahu terus dengan penampilan tradisi walaupun sedar ia bercanggah dengan kebenaran,” katanya yang juga anak jati Pasir Mas dan pemilik kedai farmasi Pakar.

Bagaimanapun di Dun Chetok katanya begitu ramai terutama dari golongan cerdik pandai telah sanggup secara terbuka untuk bersama kebenaran walaupun dicemuh kerana dituduh derhaka kepada tradisi.

Pada majlis itu 11 ketua cawangan baru menyerahkan senarai ahli jawatankuasa masing-masing kepada Datuk Husam Musa.

Mereka ialah Azhar Alias selaku ketua cawangan Kg Binjal, Zakaria Harun (Gong Dayak), Ustaz Dr Fauzi Zakaria (Kg Kangkong), Ariffin Che Ali (Kg Tok Uban), Amran Yusoff (Kg Chasi), Mustapha Abdullah (Kg Kelar Godel),  Johar Mat Zin (Kg Dusun),  Madzlan Taib (Kg Galok Hulu) dan Ali Abdul Rahman Hasan (Kg Serendah).

Husam, Che Rahim dan sebahagian ketua Amanah cawangan bergambar seusai majlis.

TAGS