AMANAH tubuh 9 cawangan baru di Cameron Highlands

AMANAH tubuh 9 cawangan baru di Cameron Highlands
Mohd Anuar Tahir (dua dari kanan) menerima borang penubuhan cawangan baru di Parlimen Cameron Highlands.

AMANAH hari ini mengumumkan penubuhan sembilan cawangan baru di Cameron Highlands.

Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir berkata, lima daripada keseluruhan cawangan itu majoritinya kaum India.

Dua cawangan pula masing-masing terdiri daripada masyarakat Melayu dan Orang Asli.

Menurut Anuar, penubuhan cawangan tersebut merupakan permulaan isyarat yang positif untuk masa depan AMANAH sebagai antara parti gabungan Pakatan Harapan (PH).

“Cameron Highlands adalah kawasan yang terakhir didaftarkan di Pahang. Kita mula dengan penubuhan sembilan cawangan, selalunya hanya dua.

“Semua permohonan (penubuhan cawangan) ini akan dimajukan dalam mesyuarat jawatankuasa AMANAH minggu ini untuk diluluskan.

“Lebih banyak lagi cawangan AMANAH akan ditubuhkan,” katanya dalam Program Ramah Mesra dan Pengisytiharan Cawangan AMANAH di Cameron Highlands di Tanah Rata hari ini.

Menyentuh tentang perkembangan jumlah anggota AMANAH di seluruh negara, beliau memberitahu sudah mencecah lebih 100,000 keahlian pada masa ini.

“AMANAH adalah parti semua kaum tanpa menjuruskan kepada orang Melayu sahaja.

“Bulan lepas saja, kita sudah terima 14,000 keahlian baru.

“Setakat ini, rekod paling banyak keanggotaan AMANAH daripada kalangan kaum India adalah di kawasan Kota Raja dan Temerloh.

“InsyaAllah, kawasan-kawasan lain akan menandingi rekod ini nanti pula,” ujarnya lagi yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sebanyaka 9 cawangan baru AMANAH ditubuhkan  di Camerong Highlands secara rasmi hari ini.