Amanah tubuh jawatankuasa atasi masalah kota raya

Amanah tubuh jawatankuasa atasi masalah kota raya

Parti Amanah Negara (Amanah) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi meneliti mekanisme melaksanakan cadangan resolusi   berkaitan permasalahan perumahan di ibu kota Kuala Lumpur  yang diputuskan dalam Nadwah al-Ulamak li al-Nahdhah al-Jadidah (Nunji) Fiqh Kota Raya.

Parti Amanah Negara (Amanah) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi meneliti mekanisme melaksanakan cadangan resolusi   berkaitan permasalahan perumahan di ibu kota Kuala Lumpur  yang diputuskan dalam Nadwah al-Ulamak li al-Nahdhah al-Jadidah (Nunji) Fiqh Kota Raya.

Sebanyak tujuh resolusi telah dihasilkan dalam pembentangan kertas kerja dan forum berkaitan permasalahan perumahan di Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain khususnya dalam pemilikan tanah dan perumahan bagi generasi kedua dalam  Nunji Fiqh Kota Raya anjuran Amanah Wilayah Persekutuan ini.

Amanah  Wilayah Persekutuan menegaskan, keharmonian antara komponen sesebuah kota raya mesti dipelihara bagi memastikan pembangunan kota raya yang seimbang.

Ia memberi fokus kepada pembangunan keperluan asas rakyat di samping memelihara ciri dan karakteristik sesebuah kota raya berasaskan budaya tempatan dan memastikan nilai kemanusiaan dihayati seluruh warga kota dalam membangunkan bandaraya yang manusiawi ke arah negara berlandaskan maqasid syariah.

Enam lagi resolusi yang digariskan adalah seperti berikut:

1.Pihak berkuasa hendaklah menyediakan strategi untuk mengoptimumkan sumber-sumber tanah yang terhad terutamanya yang wujud atas pertimbangan poliik, pembangunan dan juga kemanusiaan dan ia perlulah ditangani dengan bijaksana selari dengan peningkatan peratus wara Kota Kuala Lumpur yang tidak mampu dimiliki rumah dalam persekitaran hidup yang semakin menekan akibat peningkatan kos kehidupan.

Setiap projek perumahan yang dibina hendaklah berdasarkan kajian terperinci oleh pihak yang bertauliah supaya pembangunan yang sekata dan seimbang dapat diwujudkan.

2.Pihak berkuasa sama ada kerajaan pemerintah dan pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hendaklah menghormati hak asasi manusia serta keperluan peribadi rakyat untuk memiliki kediaman yang selesa dan sempurna. Mereka hendaklah lebih bersikap pro aktif dengan mengutamakan hak perumahan kepada setiap warganya dengan menyediakan polisi pemilikan perumahan yang mudah berdasarkan kapasiti penduduk, menetapkan harga rumah mampu milik dan berpatutan, memudahkan pinjaman perumahan serta memastikan kualiti rumah yang dibina oleh pemaju adalah berkualiti.

3.Kerajaan hendaklah memastikan perumahan yang dibina adalah selamat untuk diduduki dari sebarang ancaman jenayah seperti kecurian, pecah rumah, penculikan, rogol dan sebagainya.

Pemantauan berterusan daripada pihak polis hendaklah dipertingkatkan lagi. Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, budaya dan agama dan integrasi kaum dapat berjalan dengan lancar.

4.Masyarakat hendaklah diberi penjelasan berkaitan peruntukan undang-undang atau kesalahan yang berhubung dengan pemilikan tanah atau rumah melalui pelbagai medium sedia ada supaya mereka mengetahui hak-hak dan tanggungjawab mereka serta mengetahui kesan dan akibat tidak mematuhi sesuatu peraturan atau undang-undang yang diwartakan.

5.Media massa hendaklah berperanan lebih aktif menyebar luaskan skim-skim dan insentif-insentif perumahan mampu milik yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat agar ia dapat dinikmati sepenuhnya oleh mereka yang memerlukan terutamanya untuk fakir miskin dan rakyat berpendapatan rendah.

6.Kerjasama erat antara parti-parti politik, pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pengamal undang-undang perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan keperluan dan hak perumahan rakyat sentiasa dapat dipenuhi dan disalurkan dengan berkesan.

Nunji Fiqh Kota Raya yang dianjurkan bersama Pertubuhan Kebajikan Ansar Prihatin Malaysia (Ansar) dirasmikan oleh Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan Dr Hatta Ramli.

Naib presiden Amanah Dr Mujahid Yusof Rawa menyampaikan ucaptama bertajuk Islam dan Negara Madani.

Dua kertas kerja dibentangkan iaitu Hak Asasi Manusia: Tinjauan Fiqh Mengenai Kediaman oleh Ustaz Ghani Samsudin dan Islam dan Perbandaran (Fiqh Kota Raya) oleh Ustaz Fauwaz Fadzil.

Manakala forum bertajuk Isu-isu Perumahan dan Impak Geopolitik di Kota Raya: Sejarah, Realiti dan Masa Depan menampilkan tiga panelis iaitu Pensyarah UCSI Uniersity Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Pensyarah Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali dan Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid.

TAGS