AMANAH tubuhkan 2 cawangan Orang Asli sepenuhnya di Temerloh
Mohamad Sabu dan Salahudin Ayub masuk Dewan Konvensyen AMANAH hari ini.

AMANAH tubuhkan 2 cawangan Orang Asli sepenuhnya di Temerloh

AMANAH menubuhkan dua cawangan yang disertai sepenuhnya oleh Orang Asli di Temerloh dengan Tok Batin mereka adalah ketua kepada kedua-dua cawangan itu.

Ia adalah julung kali berlaku kepada parti yang baru berusia tiga tahun itu, kata Setiausaha Agung AMANAH, Haji Anuar Tahir ketika memberikan ucapan aluan di Kongres Nasional AMANAH ke 3 hari ini.

Konvensyen tiga hari AMANAH bermula hari ini di Dewan Konvensyen, Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh.

Tok Batin Orang Asli yang kini menjadi salah seorang ketua cawangan AMANAH di Temerloh.

Selain pimpinan tertinggi yang diketuai Datuk Seri Ahmad Awang (Penasihat Umum), Haji Mohamad Sabu dan lain-lain pimpinan utama, turut serta di majlis ini adalah wakil-wakil dari parati Pakatan Harapan (PH) dan parti sahabat dari Indonesia iaitu PPP dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) turut hadir.

Rakan pimpinan PH yang utama hadir adalah Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Datuk Seri Faizal Azumu, Pengerusi Bersatu Negeri yang juga Menteri Besar Perak.