Malaysia Dateline

AMANAH tunai janji! Bantahan kenaikan harga barang di seluruh negara hari ini

AMANAH melaksanakan janjinya hari ini untuk membuat bantahan terhadap kenaikan harga barang lebih besar berbanding bantahan yang mereka buat di perkarangan Masjid Kampung Bharu 1 Julai lalu.

Mereka berkumpul di jalan-jalan utama di seluruh negara petang ini dengan menaikkan sepanduk dan poster membantah kenaikan harga barang.

1 Julai lalu, Himpunan Bantah Kenaikan Harga Barang telah memberi tempoh 11 hari kepada blok kerajaan untuk melaksanakan tiga tuntutan bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga barangan dalam negara.

Himpunan yang rata-rata dikendalikan oleh pemimpin AMANAH itu antara lain menuntut agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memanggil satu sidang khas di Parlimen untuk membolehkan kesemua Ahli Parlimen dapat duduk berbincang mengenai masalah bekalan makanan dengan mencari kaedah penyelesaian yang tuntas.

Bagaimanapun sehingga hari ini masih tiada sidang khas Parlimen dilakukan bagi membincangkan isu kenaikan harga barang itu.

Hari ini, flash mob dibuat oleh aktivis AMANAH di seluruh negara berdasarkan kawasan Parlimen yang mereka aktif.

Salahuddin bercakap dengan pemberita selepas flash mob membantah kenaikan harga barang di Pulai hari ini.

Di Parlimen Pulai, flash mob dipimpin oleh ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub sendiri.

Beliau yang juga Timbalan Presiden AMANAH mendesak kerajaan menyelesaikan segera isu ini dan mengawal kenaikan harga barang.

Ketika menjadi menteri, Salahuddin antara yang bersungguh-sungguh bagi mempastikan barangan makanan mencukupi dan harganya rendah khasnya ketika hari perayaan.

Ketika itu, harga ayam hanya sekitar RM6.00 sekilo berbanding RM10.00 sekarang.

BERIKUT ADALAH SEBAHAGIAN GAMBAR-GAMBAR FLASH MOB YANG DILAKUKAN AMANAH DI SELURUH NEGARA HARI INI.

PARIT BUNTAR, PERAK
TEMERLOH, PAHANG
PULAU PINANG
KUBANG PASU, KEDAH
KUALA KEDAH
BANDAR TUN RAZAK, KUALA LUMPUR.
TAIPING, PERAK.
SHAH ALAM, SELANGOR.