Amanah turun dengan yakin di Muara Tuang

Amanah turun dengan yakin di Muara Tuang

Kerusi Dun Muara Tuang menjadi tumpuan apabila tiga parti bertanding, BN, PAS dan Amanah masing-masing memperlihatkan keyakinan untuk menawan kawasan tersebut.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Kerusi Dun Muara Tuang menjadi tumpuan apabila tiga parti bertanding, BN, PAS dan Amanah masing-masing memperlihatkan keyakinan untuk menawan kawasan tersebut.

Calon Amanah Abang Abdul Halil Abang Naili semalam tiba bersama penyokong beliau Ahmad Nazrul dan pencadng Awang Julai Awang Udin bagi menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi.

Beliau yang bersyukur kerana diterima sebagai calon tanpa sebarang masalah yakin penduduk Muara Tuang akan memberi ruang kepada Amanah untuk memberikan bakti kepada seluruh lapisan masyarakat.

Pertadingan di kawasan berkenaan adalah di antara calon baharu Barisan Nasional Datuk Idris Buang berhadapan dengan dua lagi calon daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Amanah Negarah (Amanah) bagi merebut kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) yang dijadualkan 7 Mei depan.

Dua calon itu, Zulkipli Ramzi (PAS) dan Abang Abdul Halil Abang Naili (Amanah) masing-masing yakin akan memberi persaingan sengit kepada BN pada PRN11 ini.

Pengumuman ketiga-tiga calon di kawasan itu semalam dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Negeri DUN Muara Tuang Mohd Ainnie Wahab selepas tempoh penamaan calon ditutup sekitar jam 10 pagi semalam.

Calon BN merupakan muka baru di Muara Tuang berjanji akan meneruskan perjuangan dan pembangunan yang telah dibawa oleh Datuk Seri Mohd Ali Mahmud di DUN Muara Tuang terutama mempertingkatkan lagi kemudahan asas, sistem penempatan yang sistematik dan pendidikan untuk rakyat di kawasan itu.

Beliau hadir di pusat penamaan calon itu semalam ditemani pencadangnya Adot Pok dan penyokongnya Mau Lateh sekitar jam 8.25 pagi sebelum menyerahkan borang permohonan sekitar jam 9.19 pagi.

Calon PAS Zulkipli pula, yang menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.01 pagi ditemani pencadangnya Mastura Julai dan penyokongnya Hamdan Saini.

TAGS