Amanah turun padang bantu mangsa banjir di negeri Kedah

Amanah turun padang bantu mangsa banjir di negeri Kedah

Selepas turun padang dengan pelbagai khidmat yang disediakan kepada mangsa banjir di Seberang Perai dan Pulau Pinang baru-baru ini, kini Amanah Negeri Kedah sekali lagi terpaksa menunaikan tanggungjawab sosial kepada mangsa banjir dan pasca banjir di negeri Kedah pula.

Turut disediakan rawatan percuma oleh doktor sukarelawan dari Pakatan Harapan kepada mangsa banjir bagi memastikan kesihatan mereka baik.

Antara khidmat yang disediakan adalah mencuci dan membersihkan kediaman mangsa banjir yang telah digenangi air serta lumpur khususnya di kawasan perumahan Taman Sinar Mentari, Bedong, Kedah.

Menurut Ketua Pemuda Amanah Kedah, Asmirul Anuar Aris, khidmat yang disediakan kali ini turut disertai oleh anggota parti Pakatan Harapan.

Asmirul, Ketua Pemuda Amanah Kedah.

Asmirul Anuar Aris

“Selain dari membersihkan kediaman penduduk yang terlalu kotor akibat kesan ditenggelami air banjir, kita juga memberikan keperluan barangan dapur yang disumbangkan oleh pelbagai pihak bagi meringankan beban mangsa banjir.

“Khidmat rawatan kesihatan percuma turut diberikan oleh pengamal perubatan bagi memastikan mangsa-mangsa tersebut berada dalam keadaan sihat selepas musibah banjir tersebut baru-baru ini.

“Manakala itu,, penyediaan makanan seperti memasak juga disediakan dengan kerjasama Awan Negeri Kedah yang bertungkus lumus bagi memastikan kesemua mangsa tersebut mendapat makanan, ” jelasnya.

Malah kata Asmirul lagi, sebanyak 400 bungkusan makanan telah disediakan serta diagihkan kepada 200 rumah mangsa banjir di sekitar kawasan tersebut.

Ujar beliau lagi, Amanah Kedah akan tetap meneruskan misi peduli rakyat saban waktu tanpa mengambil kira masa dan ketika musibah berlaku.

“Kita telah siap siaga untuk menghulurkan apa jua sumbangan samada dalam bentuk tenaga dan gerak kerja maupun barangan keperluan oleh mangsa.

“Semua sayap parti turut bersiap sedia untuk meneruskan khidmat tanpa mengambil kira fahaman dan ideologi politik mana-mana pihak.

“Yang penting bagi kita ialah memastikan tanggungjawab peduli rakyat ini dapat diberikan semaksima mungkin dalam apa jua aspek yang boleh disumbangkan,” tegasnya.

Dalam pada itu Naib Presiden Amanah, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus turut turun padang bagi sama-sama membantu mangsa banjir.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Biro Kebajikan, Kemanusiaan dan Bencana Alama Amanah turut bersama-sama dengan Pengerusi Amanah Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh menyampaikan sumbangan keringat kepada penduduk sekitar kawasan terlibat.

Awan Kedah turut membantu menyediakan makanan kepada penduduk.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS