AMANAH ucap tahniah atas pelantikan baharu Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia

AMANAH ucap tahniah atas pelantikan baharu Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia

Parti AMANAH Negara (AMANAH) menyokong segala usaha ke arah membina islah dan tajdid dalam masyarakat Islam dan dunia dengan menekankan pendekatan sederhana dan mengikut maqasit syariah.

Dengan pelantikan ulama besar dari Maghribi Ahmed al-Raissouni sebagai Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) pada Rabu lalu, akan membawa kepimpinan IUMS untuk terus berkhidmat kepada Islam dan masyarakat dunia dengan menyebarkan Islam yang sahih sebagai agama rahmah untuk sekelian alam.

“Sukacita kami daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) Malaysia mengungkapkan ucapan tahniah di atas pemilihan Saudara sebagai Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia bagi sesi 2018-2022.

“Kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan taufiq dan panduanNya kepada Saudara dan kepimpinan KUIS lain yang terpilih untuk berkhidmat kepada Islam dan masyarakat dunia dengan menyebarkan Islam yang sahih sebagai agama rahmah untuk sekelian alam.

“Kami Parti AMANAH Malaysia sentiasa menyokong segala usaha ke arah membawa islah dan tajdid dalam masyarakat Islam dan dunia dengan menekankan pendekatan sederhana dan mengikut maqasid syariah.

“Semoga KUIS terus dipandang tinggi di bawah kepimpinan baharu yang dipimpin oleh Saudara. Salam hormat daripada saya dan Siiru Ala Barakatillah,” ujar Mohamad yang juga Menteri Pertahanan.

Sarjana Maghribi Ahmed al-Raissouni dipilih sebagai Presiden Kesatuan Ulama Sedunia (IUMS) yang berpangkalan di Doha, menggantikan Presiden Dr Yusof al-Qaradawi.

Pemilihan Al-Raissouni adalah kemuncak dari Muzakarah Tahunan tiga hari yang diadakan di Istanbul, Turki yang berakhir hari ini setelah bermula pada 3 November lalu.

Beliau adalah ahli pengasas IUMS dan ahli lembaga eksekutif kesatuan sebelum dipilih sebagai timbalan presiden pada tahun 2013.

COMMENTS