Malaysia Dateline

logo Amanah

AMANAH ucap takziah kepada ahli keluarga mendiang Stephen Wong

Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt yang dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung, tengahari ini.

Setiausaha Agung Mohd Anuar Mohd Tahir dalam kenyataan hari ini, berkata, kepada ahli keluar mendiang akan diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi khabar sedih ini.

“Dalam kalangan komponen Pakatan Harapan kehilangan mendiang sudah tentu mengesankan perasaan kerana hubungan akrab sesama anggota,” ujar kenyataan itu.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah  dan Pengerusi DAP Sabah itu, dilaporkan pagi tadi menyertai kegiatan mendaki bukit di Tambaig Adventure Park, Kampung Duvanson, Putatan, Sabah, sebelum dipercayai diserang sakit jantung dan dibawa ke hospital.

Stephen Wong memenangi Parlimen Sandakan buat penggal kedua pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebelum dilantik menjadi Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah pada Mei tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dijadual mengadakan sidang media mengenai kematian Tien Fatt hari ini sepeperti dipetik bharianonline.