Hanipa ucap tahniah pemimpin PKR rai berbezaan pendapat

Hanipa ucap tahniah pemimpin PKR rai berbezaan pendapat

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menyambut baik pendirian Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bahawa perbezaan pendapat bukan satu masalah bagi PKR.

“Sahabat baik saya YB Rafizi dilaporkan media (berkata) bahawa perbezaan pendapat dalam PKR bukan satu masalah.

“Saya harus puji PKR dalam hal ini. Meskipun PKR tidak ‘claim’ sebagai parti Islam seperti ada sebuah parti yangg ‘claim’ sebegitu.

“Namun tradisi mereka meraikan perbezaan pendapat saya akui lebih dekat dengan tradisi Islam seperti mana contohnya yang ditunjukkan oleh ima-imam mazhab.

“Dalam parti yangg akui parti Islam, tradisi Islam yang raikan kepelbagaian seolah olah tak wujud,” ujarnya dalam  status yang dimuat naik di facebooknya hari ini  yang dipercayai merujuk kepada Pas.

Rafizi semalam dilaporkan berkata, berbeza pendapat tidak dilihat sebagai satu masalah dalam PKR, dan kebebasan itu yang membezakan parti reformasi itu dengan Umno dan Pas.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian apabila diminta menjelaskan perbalahannya dengan Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali.

Tambah Hanipa lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pencetus kepada sikap dan tindakan ahli partinya sedemikian.

“Tahniah DSAI, anda tidak didik pemimpin dan ahli parti anda rasa seseorang itu lebih suci daripada orang lain.” ujarnya.

CATEGORIES
TAGS