Bekas Hakim Mahkamah Rayuan dilantik Pengerusi Lembaga Tatatertib AMANAH

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan dilantik Pengerusi Lembaga Tatatertib AMANAH

Parti AMANAH Negara (AMANAH) hari ini mengumumkan pelantikan Lembaga Tatatertib berdasarkan peruntukan perlembagaan parti.

Bekas Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Arif Md Yusuf dilantik Pengerusi Lembaga Tatatertib manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof sebagai Timbalan Lembaga Tatatertib.

Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Tahir berkata, pelantikan dua anggota Lembaga Tatatertib dan tiga lagi Jawatankuasa Lembaga Tatatertib berdasarkan kepada peruntukan 22.2 Perlembagaan AMANAH.

“Perlatikan Lembaga Tatatertib ini berdasarkan Peruntukan Fasal 21.1 dalam perlembagaan parti AMANAH yang terdiri daripada seorang¬†pengerusi dan timbalan.

“Manakala 3 ahli lembaga tatatertib berdasarkan peruntukan 21.2 perlembagaan AMANAH,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di ibupejabat AMANAH di Kuala Lumpur hari ini.

Bidang kuasa Lembaga Tatatertib mengikut peruntukan perlembagaan parti di bawah 21.8.8 adalah:

i)Lembaga Tatatertib ini berkuasa memberi amaran jika ada ahli melanggar tatatertib.
ii)Berkuasa mengantung keahlian.
iii) Berkuasa memecat mana-mana ahli apabila yang melakukan kerosakan kepada nama baik parti.
iv) Berkuasa untuk menasihati parti, melarang mana-mana ahli parti daripada bertanding didalam pilihan raya atau memegang apa-apa jawatan di dalam parti.

Menurut Mohd Anuar lagi, dengan pengumuman itu struktur parti AMANAH kini lengkap sebagaimana yang dikehendaki di bawah
peruntukan perlembagaan parti dengan mewujudkan Lembaga Tatatertib.

Kesemua lima anggota Lembaga Tatatertib ini adalah ahli biasa dan tidak memegang sebarang jawatan di peringkat nasional.

Beliau tidak menamakan tiga lagi jawatankuasa tatatertib kerana ia masih lagi diperingkat teknikal dan akan mengumukan pelantikan kemudian tetapi dimaklumkan mereka terdiri daripada kalangan peguam, penasihat undang-undang dan jurutera.

“Kita mahu menjaga integriti dan keadilan dalam pelaksanaan tataterbit. AMANAH telah melantik ke semua ahli lembaga daripada kalangan ahli AMANAH yang bukan daripada jawatakuasan nasional seperti yang dikehendaki perlembagaan parti,” ujarnya.

Beliau memberitahu semua proses pengadilan oleh lembaga ini akan mengikut ‘keadilan biasa’ lembaga berkenaan, yang mana
ahli akan diberikan peluang untuk bersuara membela diri dan membuat rayuan.

“Lembaga ini mempunyai kuasa besar dalam parti.Jika parti lain Majlis tertinggi mereka boleh memecat automatik tetapi AMANAH memberikan kuasa memecat ini kepada lembaga- untuk memberikan
hak dan keadilan keadilan kepada ahli.

“Keputusan lembaga tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah,” terangnya.

Turut hadir dalam sidang media Timbalan Setiausaha Agung Abang Ahmad Kardee Abang Masagus.

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS