Amanah Wilayah Persekutuan anjur makan malam muhibah

Amanah Wilayah Persekutuan anjur makan malam muhibah

Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan akan mengadakan majlis Makan Muhibbah (MMM) bagi melaksanakan dasar parti yang terbuka kepada semua kaum.

Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan Dr Hatta Ramli berkata, tema muhibbah diambil bagi makan malam tersebut bagi menolak budaya rasis yang semakin membimbangkan khususnya di ibu kota.

“Makan malam ini bagi memperkasa jalinan muhibbah masyarakat pelbagai bangsa dan pelbagai agama dalam usaha memperkukuh jati diri rakyat berdasarkan model Amanah,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, Amanah berusaha menawarkan kepada rakyat satu model Muhibah yang berdasarkan kepada nilai-nilai Amanah, ikhlas, ukhuwah, harmoni, musyawarah, bersangka baik dan hormat.

“Nilai-nilai ini telah dijadikan asas memupuk muhibah oleh pihak kerajaan.

“Bagaimanapun telah berlaku beberapa tindakan yang menyanggah muhibah dalam negara seperti perkauman, kebencian, salah guna kuasa dan sebagainya menyebankan agenda muhibah terjejas,” katanya.

Majlis makan malan ini akan dihadiri presiden Amanah Mohamad Sabu dan melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) secara langsung dan tidak langsung.

Mohamad akan menyampaikan ucapan Muhibah untuk Semua Bangsa.

Selain itu, makan malam ini bagi mengumpul dana parti untuk membiayai kegiatan parti termasuk kegiatan muhibah.

Justeru orang ramai dijemput membeli kupon penyertaan berharga RM100, RM300, RM500 dan RM1,000.

Bayaran boleh dibuat melalui cek kepada Amanah (MBB 5642-9430-9586).

TAGS