Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
AMANAH WP serah aduan pada Jawi, mohon gantung tauliah penceramah bebas Ustaz Ibrahim
Asmaaliff Abdul Adam (tiga dari kiri) menyerahkan aduan di Jawi hari ini.

AMANAH WP serah aduan pada Jawi, mohon gantung tauliah penceramah bebas Ustaz Ibrahim

SITI NUR ZAWANI MICON FOTO SYAFIQ ISKANDARJanuary 30, 2020 11:25 am




Selepas membuat laporan polis tiga hari lalu, AMANAH Wilayah Persekutuan hari ini menyerahkan surat aduan memohon penarikan balik tauliah seorang penceramah bebas, Ibrahim Mohd Raja kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Ibrahim atau dikenali sebagai Ustaz Ibrahim didakwa menggelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof ‘Menteri Agama, Berjiwa Kafir’ pada 26 Januari lalu di laman sosial Facebooknya yang dilihat sengaja menyebarkan ideologi takfiri berbahaya.

Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan, Asmaaliff Abdul Adam berkata, ruang kebebasan bersuara seharusnya digunakan sebaiknya namun ia tidak sewajarnya bersifat melampau dengan mengaitkan isu kafir terhadap mana-mana pihak.

“Aduan hari ini dinyatakan agar penguatkuasa Jawi membuat pemantauan kerana difahamkan beliau mempunyai tauliah mengajar. Kita mahu tauliah digantung sementara atau ditarik balik sehingga beliau sedar akan kesalahan.

“Kita tak melarang mana-mana individu mengkritik kerajaan atau menteri, tapi kita larang apabila (tindakan) melampau sehingga isu takfir dimasukkan

“Isu takfiri ini kita tak boleh pandang enteng tapi perlu lihat kepada keseriusan kerana isu ini akan memecahbelahkan masyarakat dan membawa kepada pandangan ekstrem dalam masyarakat,” katanya kepada pemberita di hadapan pejabat Jawi hari ini.

Sementara itu, mengulas kepada sekiranya terdapat respon dari penceramah tersebut setelah laporan polis dibuat, Asmaaliff memaklumkan bahawa setakat ini tiada lagi.

Beliau menegaskan, pihaknya akan membuat satu surat tuntutan permohonan maaf secara terbuka terhadap Ustaz Ibrahim dalam masa tujuh hari.

Dalam pertemuan menyerahkan aduan tersebut, pihak Jawi memaklumkan akan membuat pemantauan selain akan terus memanjangkan surat tersebut kepada pejabat mufti.

Salinan surat aduan turut diserahkan kepada Pengarah Jawi, Mohd Ajib Ismail, pagi ini.

Terdahulu, AMANAH WP membuat laporan polis terhadap Ibrahim yang didakwa mengeluarkan kenyataan jelik kepada Dr Mujahid menerusi akaun Facebooknya pada 25 Januari.

Selepas membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 26 Januari dan disusuli laporan polis di IPD Sentul pada 27 Januari, AMANAH WP juga akan mempertimbangkan untuk membuat saman sivil.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production