Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
AMANAH WP, GMPN  lapor polis dakwaan fitnah pembangkang ke atas Mujahid dan Khalid

AMANAH WP, GMPN lapor polis dakwaan fitnah pembangkang ke atas Mujahid dan Khalid

AKMAL MANAF FOTO: WANFebruary 14, 2020 2:12 pm




“Kami kenal menteri kami dan kami pun memperjuangkan Rahmatan Lil ‘Alamin.”

Demikian tegas Datuk Mohd Noor Ali Akbar, Ketua AMANAH Kawasan Kepong berhubung fitnah yang ditaburkan kepada dua menteri daripada AMANAH, Datuk Seri Mujahid Yusof dan Khalid Abd Samad.

Berhubung fitnah yang dikatakan datang daripada pihak pembangkang itu, Mohd Noor Ali dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN) hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Kami menegaskan, cukuplah dengan fitnah yang telah dibuat dengan kata-kata dan tulisan dalam media sosial, Facebook. Sekarang ini timbul pula fitnah ada gerai yang menjual khinzir.

“Kami kenal menteri kami dan kami juga memperjuangkan gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin dan kami percaya bahawa kita tidak pernah berada dalam situasi seperti ini yang amat buruk, difitnah oleh pihak pembangkang.

“Jadi, kami merayu kepada pihak pembangkang berilah ruang sehingga habis penggal untuk kami melaksanakan polisi-polisi untuk rakyat kerana mereka mementingkan ketenangan dan kesenangan,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan IPD Dang Wangi.

Mohd Ali juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Prihatin Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Ketua AMANAH Bukit Bintang, Asri Talib yang ditemui berharap, dengan laporan polis yang telah dibuat, ia akan dapat membanteras segala perkara buruk yang ditohmahkan oleh pihak pembangkang.

“Dengan laporan polis ini, kita mengharapkan ia akan dapat membanteras segala kerja, dan perkara-perkara buruk yang pembangkang tohmahkan ke atas kerajaan Pakatan Harapan iaitu keraajaan yang ingin membawa keharmonian dan kesejahteraan kepada rakyat di negara ini dan juga pihak kerajaan,” katanya.

Dalam isu sama, Pengerusi Pertubuhan GMPN Mejar (B) Razali Zakaria pula berkata, hantaran yang dikaitkan dengan fitnah itu muncul di Facebook dan juga di media sosial lain kira-kira minggu lepas.

“Tetapi, dua, tiga hari kami lihat ia masih tular dan kami terpaksa membuat laporan polis supaya penularan fitnah itu tidak dijadikan isu atau mainan.

“Ada dua laporan polis yang dibuat. Pertama isu tentang Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad yang telah ditularkan, fitnah dengan hasutan-hasutan yang menggambarkan satu gerai (khinzir) dan mengatakan bahawa Menteri Wilayah beri sokongan kepada penjaja khinzir. Kenyataan itu tidak betul.

“Kedua, isu melibatkan Menteri Agama yang melibatkan Tabung Haji. Viral itu mengatakan Dr Mujahid telah membuat satu rompakan kepada TH tentang isu jual beli tanah TH.

“Dalam viral itu juga mengatakan kalau Dr Mujahid berada di Afghanistan atau Pakistan, telah ada orang bunuh dia. Itu juga ada unsur ugutan,” jelasnya.

Menurut laporan polis dibuat, mereka melihat hantaran yang menfitnah Dr Mujahid dibuat menerusi FB Abdu Samad dan Hanafi Ali.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

PENDAPAT: Bila Parlimen ditutup, ‘parlimen rakyat’ yang ambil alih

Krisis pendidikan negara semakin memuncak

Kasihan, apa jadi kepada mereka yang tiada gajet?

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production