Amanah yakin boleh menang di Kuala Kangsar, rayu pengundi luar pulang

Amanah yakin boleh menang di Kuala Kangsar, rayu pengundi luar pulang

Parti Amanah Negara (Amanah) optimis kini jalan terbuka luas untuk mereka memenangi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini berdasarkan kedudukan mereka yang semakin hampir dengan Umno Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi berkata, Amanah sudah dapat melepasi tahap kritikal dan tidak mustahil bagi mereka memenangi kerusi tersebut.

“Setakat ini kita berada dalam keadaan selesa dalam erti kata kita telah melepasi tahap kritikal yang kita kehendaki, kita sudah hampir dapat mengejar kekuatan Umno Barisan Nasional. Kita sudah mengekori rapat mereka. Untuk menang bukan perkara mustahil untuk kami lakukan sekarang,” katanya dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Beliau juga berkata, terdapat penyokong Umno yang beralih arah dan mahu mengundi Amanah pada PRK kali ini lebih-lebih lagi dengan sokongan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kumpulan pro Deklarasi Rakyat terhadap calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli.

“Sokongan terhadap Amanah terlalu meningkat selepas sokongan daripada kumpulan Deklarasi Rakyat terhadap Amanah.

“Pengalaman saya sendiri meninjau ke kampung-kampung ada pengundi Umno yang berkata mereka akan mengundi calon Amanah pada kali ini,” katanya.

Justeru beliau merayu pengundi di luar Kuala Kangsar agar pulang mengundi pada 18 Jun ini dan mengundi Amanah bagi mngurangkan kuasa Umno BN di parlimen.

“Saya merayu pengundi luar supaya balik mengundi di Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

“Walaupun kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan sama ada di Kuala Kangsar atau di Sungai Besar ini jika dimenangi dengan majoriti yang besar ia tidak akan mengubah kerajaan tetapi ada kesannya di sini kerana ia sendirinya akan membantutkan agenda tersembunyi kerajaan Umno BN dan sekutunya.

“Ia akan menafikan kekuatan mereka untuk mendapatkan dua pertiga majoriti di parlimen. Dengan ini sebarang usaha untuk mereka membina perlembagaan bagi menguatkan kedudukan mereka itu akan terbantut,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Amanah menyediakan talian hot line bagi memudahkan para pengundi yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan prses pengundian.

Pengundi katanya boleh menghubungi bilik gerakan Amanah di talian 019 4720815.

“Amanah elah menyediakan talian hot line bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengundian di Kuala Kangsar,” katanya.

Selain itu, beliau terus menggesa kerajaan BN menunaikan janji bagi membina jambatan Manong walaupun tidak memenangi PRK kali ini.

“Menang atau kalah BN mesti menunaikan jani untuk membina jambatan Manong kerana penduduk kampung memang sangat berharap jambatan tersebut segera dibina bagi urusan harian mereka,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)