Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
AMANAH yakin hanya Anwar layak jadi PM, ganti Mahathir

AMANAH yakin hanya Anwar layak jadi PM, ganti Mahathir

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONFebruary 26, 2020 6:35 pm




Parti Amanah Negara (AMANAH) merasakan tiada pemimpin lain yang layak selain Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri (PM) dikala tiga nama pemimpin lain disebut-sebut sebagai calon untuk menyandang jawatan nombor satu itu.

Naib Presiden AMANAH Nasional, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, berkata, nama-nama yang dicadangkan sebagai tidak popular dan tidak layak mengetuai negara.

“Barangkali nama-nama tersebut dicalonkan oleh ahli parlimen lain yang saya hormati tapi mereka semua tidak popular. Mereka semua bagi saya tak layak untuk memimpin negara ini.

“Jika tanya saya siapa yang layak, setakat ini hanya dua nama sahaja iaitu Dr Mahathir dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tak ada yang lain daripada itu,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline, hari ini.

Sebelum itu, antara nama yang diperkatakan termasuklah Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah; Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Pada masa sama, Hasanuddin yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat itu turut akui, bahawa Ku Li pernah memberi sumbangan sepanjang tempoh pentadbirannya dahulu, namun kini ahli veteran Umno itu tidak lagi sesuai untuk memimpin negara.

“Maknanya bagi saya Ku Li dah tamat khidmat yang diberikan kepada negara pada satu ketika dahulu yang cemerlang, tapi bagi saya, beliau telah tamat perkhidmatannya, dan kita mendoakan kesejahteraan untuk dia tapi tidak sekiranya mahu memimpin negara,” jelasnya.

Menjawab persoalan kewajaran parlimen dibubarkan sekiranya Anwar yang juga ahli parlimen Port Dickson tidak diangkat untuk mengetuai pentadbiran Malaysia, Hasanuddin menyifatkan ia sebagai satu perkara yang tidak perlu.

Menurutnya, apa yang penting adalah terus mempertahankan mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan dengan mengekalkan kerajaan yang dipilih.

“Rakyat telah berikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH). Tapi ada pengkhianat yang cuba mengubahnya sehingga menyebabkan terjadinya kemelut hari ini.

“Kami selaku ahli parlimen dari PH, mahukan supaya mandat rakyat itu dikekalkan dengan mengekalkan PH sebagai kerajaan yang ada pada hari ini tanpa berlakunya pembubaran parlimen.

“Paling utama, mereka yang layak untuk memimpin negara atas tiket PH, tidak lain dan tidak bukan hanya Dr Mahathir atau Anwar Ibrahim,” jelasnya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production