Amanat Menteri Pertanian Salahuddin Ayub

Amanat Menteri Pertanian Salahuddin Ayub

1. Segala puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih dan Pemurah. Bersyukur juga kerana dengan izinNya,kita kini mengorak langkah bersama kepimpinan kerajaan baharu yangtelah mendapat mandat majoriti rakyat pada Mei 2018 yang lalu.Mandat baharu ini akan digalas sebaik-baiknya terutama dalammendukung agenda perubahan yang telah menjadi aspirasi rakyatyang memberi amanah kepada kerajaan Pakatan Harapan ini.

2. Tanggungjawab ini juga bermakna, kepimpinanan baru KementerianPertanian dan Industri Asas Tani, harus meneliti dan menilai semulasetiap aspek dalam sektor agromakanan negara, agar isu-isu dasardan cabaran-cabaran semasa dapat diselesaikan dan ditanganidengan lebih berkesan. Prinsip perubahan ini harus dihayati olehsemua warga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani danmenjadi tunjang pemikiran dan perlaksanaan prioriti dan strategi DasarAgromakanan Negara pada tahun-tahun yang akan datang.Imbasan dan kejayaan 2018

3. Tahun 2018 juga merupakan tahun yang memperlihatkan beberapapembaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dalampembangunan sektor agromakanan. Antaranya penubuhan MajlisPenasihat Pertanian Negara (MPPN) yang terdiri daripada ahli-ahli berkepakaran dan berpengalaman dalam bidang agromakanan bagi membantu Kementerian mencarta hala tuju baharu sektoragromakanan negara.

4. Selain itu, MOA dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ekonomisedang mengkaji semula Dasar Pengimpot Beras Tunggal. Dasar ini  dilihat hanya menguntungkan pihak tertentu. Monopoli ini hanya menyebabkan industri padi & beras kurang effisyen. Kita perlu menelitiperkara ini daripada pelbagai aspek bagi memastikan hala tuju padidan beras negara dan kepentingan stakeholders terpelihara.

5. MAHA 2018 merupakan satu kejayaan besar yang kita telah capai pada tahun lepas. Walaupun dengan pengurangan bajet, MAHA 2018tidak kurang meriahnya berbanding MAHA edisi sebelum ini. Selain kehadiran seramai 3.4 juta pengunjung yang menggalakkan, penganjuran Trade Day yang julung kali diadakan telah mencatatkan jumlah dagangan sebanyak RM 2.8 bilion dengan 2,083 perniagaan dipadankan dan 26 MoU ditandatangani. Kejayaan ini jelas menunjukkan potensi peluang perniagaan dalam sektor agromakanan bukan sahaja dalam negara mahupun luar negara. Dari segi pengurusan pula, beberapa wajah baharu telah dilantik sebagai Pengerusi untuk menerajui agensi-agensi utama di bawah MOA, khususnya yang melibatkan kebajikan golongan sasar.

Cabaran Besar MOA

6. Disebalik kejayaan yang telah kita nikmati, kita tidak dapat menafikanterdapat banyak cabaran dan permasalahan akar yang membelenggusektor pertanian negara. Saban tahun, kita masih bergelut untukmengukuhkan keselamatan makanan dan memartabatkan industri agromakanan negara.

7. Saya ingin membawa perhatian semua kepada statistik pengeluaran komoditi utama tanaman, ternakan dan perikanan negara 2015 hingga 2017, yang menunjukkan penurunan ketara dan membimbangkan. Sebagai contoh, pengeluaran padi negara berkurang sebanyak 3.2%b iaitu dari 2.74 juta metrik tan pada 2016 kepada 2.57 juta metrik tanpada 2017. Bagi sektor perikanan pula, pengeluaran telah berkurang sebanyak 2.6% dimana jumlah pengeluaran pada 2016 ialah 1.98 jutametrik tan tetapi pada 2017 telah berkurang kepada 1.89 juta metrik tan sahaja. Adakah “strategic analysis” yang dibuat di peringkat kementerian sebelum ini telah berjaya menyelesaikan masalah penurunan pengeluaran pertanian negara ini?

8. Selain itu, kita melihat tidak ada perubahan ketara yang berlaku kepada taraf hidup petani, pesawah, nelayan dan penternak di negara kita. Walaupun telah banyak subsidi dan bantuan yang diberikan, mereka masih tidak berjaya mengeluarkan diri daripada kumpulan ekonomi B40. Memetik kata-kata YAB Perdana Menteri, “pesawah dulu miskin, sekarang pun mereka masih miskin.” Persoalan yang harus ditanya dengan jujur kepada diri kita sendiri, adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab dan tugas kita dengan baik untuk membantu golongan sasar yang menjadi tanggungjawab kita ini?

9. Bidang pertanian juga masih dilihat sebagai bidang ekonomi yangtidak menguntungkan. Penglibatan sektor swasta dalam industripertanian masih rendah dan tidak ramai anak muda yang menjadikan bidang pertanian sebagai pilihan utama pekerjaan dan perniagaanmereka. Ini secara tidak langsung mengakibatkan sektor ini
berhadapan dengan cabaran kekurangan tenaga kerja dan cabaranmengekalkan keseimbangan dan kesinambungan (sustainability).

10. Kita kini sedar bahawa penumpuan dasar kita yang terlalumenekankan tahap “self-sufficiency level” (SSL) telah menyebabkan pemikiran, pendekatan dan polisi polisi agromakanan negara lebih bersifat “production-centric” berbanding “market-driven”.

Dalam usaha untuk mencapai tahap SSL yang lebih tinggi, kita telah gagal memantau dan mengurus kos input pertanian dengan baik. Akibatnya, kejayaan mencapai tahap SSL yang tinggi tidak mampu diterjemahkan dalam bentuk kejayaan meningkatkan pendapatan petani, nelayan dan penternak kita dan juga menetapkan harga yanglebih rendah untuk pengguna.

Perancangan 2019 MOA

11. Bertunjangkan aspirasi membawa perubahan, di sini saya inginmenggariskan lima halatuju Kementerian Pertanian dan Industri AsasTani ini bermula tahun ini. Halatuju ini dirangka dengan memberipenumpuan kepada tiga dimensi Agromakanan iaitu keselamatanmakanan Negara (“Food Security and Food Safety”), pembangunanekonomi luar bandar, serta pelaburan swasta dan perdagangan. Iniadalah tanggungjawab hakiki Kementerian ini. Penumpuan terhadap tiga dimensi ini menjurus kepada usaha untuk melihat dan memahamisemula cabaran dan permasalahan struktur yang menghalang pencapaian kejayaan agromakanan yang lebih tepat dan mapan.

Halatuju yang pertama:
Memoden dan meningkatkan pengeluaran pertanian bagimenjamin kestabilan bekalan dan harga makanan negara denganmemberikan penekanan dalam subsektor padi, ruminan danperikanan.

Halatuju yang kedua:
Merancakkan penglibatan pelaburan swasta dalam pertanian secara komersial serta meningkatkan dagangan eksport pertanian.

Halatuju yang ketiga:
Menjadikan pertanian sebagai satu sumber pendapatan yang mampan dan kukuh serta menguntungkan untuk petani, penternak, nelayan dan agropreneur muda.

Halatuju yang keempat:
Menambahbaik ekosistem industri pertanian untuk menyokong pemodenan pertanian, pelaburan sektor swasta dan aktiviti pengembangan untuk petani, penternak dan nelayan.

Dan Halatuju yang kelima:
Memperkukuh struktur organisasi jabatan dan agensi di bawah MOA untuk menambahbaik system penyampaian serta tadbir urus. Halatuju ini akan saya huraikan dengan lebih lanjut pada majlis pelancaran

Halatuju Agromakanan Negara: Prioriti dan Strategi 2019-2020, yang bakal diadakan pada 14 Februari ini.

12. Kita harus sentiasa mengingatkan sendiri bahawa MOA merupakan satu Kementerian yang berpaksikan rakyat dan membela petani merupakan tanggungjawab utama kita.

13. Bagi memantapkan perkhidmatan kita pada tahun baharu ini, saya ingin menekankan beberapa prinsip yang wajar kita pegang dalamb melaksanakan tugasan kita:

Memperkasakan nilai dan Integriti

14. Selain mengurangkan hutang negara, satu lagi perkara yang diberikankeutamaan oleh Kerajaan adalah isu rasuah. Komitmen Kerajaanuntuk menghapuskan rasuah boleh dilihat melalui pelbagai inisiatifyang dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri termasuk penubuhanPusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) danJawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah. Unit Integriti di setiap agensi Kerajaan juga diperkukuh dengan menempatkan pegawai SPRM bagi menerajui unit tersebut.

15. Integriti harus dijadikan amalan kerja kita terutamanya perkara yangmelibatkan kepentingan rakyat. Input subsidi dan insentif perlu diberikan secara telus dan bersasar tanpa sebarang motif untuk kepentingan sendiri atau pihak-pihak tertentu. Permohonan lesen atau permit perlu diuruskan secara berhemah dan teliti mengikut syarat yang ditetapkan tanpa campur tangan daripada pihak berkepentingan. Kita harus sentiasa ingat bahawa semua duit Kerajaan merupakan duit rakyat dan wajar dipulangkan kepada mereka yang memerlukannya.

Menambahbaik Sistem Penyampaian MOA

16. Saya juga menyeru kepada semua supaya meneliti proses kerja dan prosedur urusan kita agar lebih mesra pelanggan dan dapat mendekati kehendak rakyat. Kita harus mengutamakan golongan sasar dalam apa-apa inisiatif yang dilaksanakan dan memastikan mereka mendapat manfaat yang paling optimum.

17. Sementara itu, saya juga berharap kita memperbanyak program turunpadang untuk mengadakan sesi engagement yang lebih kerap dengan petani bagi memahami permasalahan dan isu semasa yang dihadapi oleh mereka. Pegawai-pegawai pengembangan juga harus menjadikan perjumpaan dengan warga tani sebagai tugasan harian wajib dan sentiasa memberikan perkhidmatan nasihat dan teknikal yang terbaik kepada mereka.

18. Pada masa yang sama, saya berharap MOA menjadi Kementerian yang business-friendly dan menggalakkan pelaburan dalam sektor agromakanan. Kita harus menjadi pemudahcara dalam membantu menarik pelaburan baharu yang bukan sahaja dapat membantu petani tempatan tetapi juga sumbangan kepada ekonomi negara. Memantapkan Sinergi Antara Jabatan dan Agensi MOA

19. Satu lagi aspek yang ingin saya tekankan adalah sinergi antara jabatan dan agensi. Kita telah mempunyai platform MOA Inc. yang menggemblengkan semua jabatan dan agensi di bawah MOA untuk memberikan khidmat kepakaran dan nasihat yang terbaik bagi membantu golongan sasar. Pendekaran melalui MOA Inc. ini harus diperkasa dan dimanfaat dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan peranan yang dimainkan oleh MOA dalam menghadapi isu, cabaran dan kehendak sektor agromakanan.

20. Semua jabatan dan agensi MOA yang terlibat perlu bekerja secara berpasukan bagi memastikan projek-projek yang dilaksanakan memenuhi kehendak stakeholders. Elakkan daripada kerja secara silo. Saya percaya kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh setiap jabatan/ agensi akan dapat dimanfaatkan dengan optimum dan memberikan impak yang terbesar kepada golongan sasar sekiranya kita memberi perkhidmatan secara berpasukan.

21. Di samping itu, saya telah menetapkan supaya setiap jabatan/ agensi di peringkat daerah perlu mengadakan Hari Bertemu Pelanggan padahari Rabu setiap minggu. Platform ini membolehkan petani setempatuntuk bertemu dengan pegawai pengembangan dan menyuarakan masalah atau sebarang isu yang dihadapi oleh mereka. Inilah salah satu cara yang saya rasa lebih mendekati rakyat dan lebih efektif. Cabaran dan Harapan.

22. Kekurangan bajet 2019 berbanding 2018 bukan masa untuk warga MOA berpeluh tubuh. Kekurangan ini merupakan cabaran yang harus didepani untuk terus mengorak langkah dan bekerja dengan penuh komitmen membantu warga tani. Warga tani diluar sana sememangnya menuntut komitmen kita semua, mereka mahu jeritan mereka didengari, rintihan mereka disambut dan usaha mereka dihargai. Mereka semua adalah pejuang agromakanan negara. Maka menjadi tanggungjawab kita semua untuk membangunkan sektor agromakanan dan membantu mereka untuk keluar dari kemiskinan.

23. Harapan saya adalah supaya kita bergerak bersama-sama sebagai satu pasukan untuk terus menerajui sektor agromakanan negara berpandukan hala tuju baharu yang akan saya lancarkan pada bulan depan. Dengan menggunakan cara yang betul dan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kita, saya percaya kita akan dapat
memajukan sektor agromakanan ke arah yang lebih moden, mampan dan berdaya saing.

24. Dalam program-program yang saya hadiri dan juga semasa saya turunpadang bersama-sama warga tani, saya mendengar dan mengkaji isu dan cabaran dalam sektor agromakanan. Kesemua ini sedang dilihat semula oleh kementerian untuk diberikan keutamaan bagi tahun 2019 dan 2020 melalui lima hala tuju yang akan dilancarkan nanti.

25. Insyaallah dengan sokongan daripada semua warga MOA, marilah kitabersama-sama memartabatkan sektor agromakanan dan membela warga tani.

 

*Teks ini dibacakan Menteri Pertanian Salahuddin Ayub ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baru bersama warga kementerian pada 22 Januari 2019.