Pimpinan Pakatan Harapan beri taklimat kepada calon PRU14 hari ini

Pimpinan Pakatan Harapan beri taklimat kepada calon PRU14 hari ini

Pimpinan Pakatan Harapan bersama calon -calon yang akan bertanding menentang kerajaan BN pada PRU14 akan datang dalam Majlis Taklimat kepada Calon PRU14 yang diadakan di Petaling Jaya hari ini.

Pakatan Harapan (PH) hari ini mengadakan Majlis Taklimat Calon-calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi Pilihan Raya Umum ke14.

Majlis taklimat yang diadakan  dua sesi secara tertutup itu dipengerusikan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya yang  diketuai Pengarah Pilihan Raya PH Tan Sri Muhyiddin Yassin

Setiap parti anggota PH telah mengadakan taklimat parti masing-masing dan taklimat akan diteruskan di peringkat negeri bermula esok sehingga Jumaat ini.

Dalam majlis  tersebut turut  diadakan majlis ikrar calon-calon PH yang telah dibacakan oleh Ketua Pemuda PH Nik Nazmi Nik Ahmad,

Majlis ini diadakan di Dewan Sivik  Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata gabungan PH cukup bersiap siaga untuk  menghadapi PRU14.

“Daripada penubuhan sehingga pendaftaran  untuk menubuhkan PH  walaupun tidak berjaya tetapi parti gabungan sebulat suara bersetuju menggunakan satu simbol pada PRU14.

“Presiden PH (Datuk Seri Dr WanAzizah Wan Ismail)  sudah menandatangani surat watikah yang telah  disampaikan  kepada setiap setiausaha agung  parti dalam gabungan pakatan pada tengahari tadi..

“Di sepanjang waktu berhadapan kempen pilihan raya sehingga hari mengundi pada 9 Mei sehingga waktu pengumuman keputusan plihan raya, sekretariat PH  bertempat di Ibupejabat Parti Pribumi Bersatu  Malaysia.

“Pengarah bilik operasi pilihan raya Datuk Dr Marzuki Mohamad  boleh dirujuk oleh semua calon-calon  sekiranya menghadapi masalah,”
ujarnya.

Pengarah Mobilasi PH Mohamad Sabu berkata berkemungkinan dalam tempoh dua minggu lagi PH akan jadi kerajaan.

“Kami pembangkang begitu lama merasakan Putrajaya sedang mengamit-ngamit kami pada 10 Mei nanti. Kita daripada Pakatan Harapan telah selesai parti mana yang akan bertanding di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Kita juga sudah selesai  senarai calon yang telah diumumkan dari Pakatan Harapan.

“Sudah tentulah kita akan berusaha menyatukan mereka walaupun ada pihak yang terluka  sedangkan mereka yang layak bertanding begitu ramai. Bagi kerusi  Parlimen dan Dun hanya  memerlukan seorang sahaja maka yang dipilih itu bukan terbaik tetapi yang dipilih itu menerima tanggungjawabyang amat berat.

“Kita akan berusaha menyatukan ahli dan penyokong menjelang hari penamaan calon sebagai satu pasukan cukup kuat untuk hadapi jentera BN,”ujarnya.

Presiden AMANAH ini juga berkata beliau berasa bersyukur kerana telah wujud struktur parti dan persetujuan sebulat suara pemilihan bakal Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sehingga berjaya menyatukan hati semua parti untuk bertanding mengunakan satu logo.

“Perpaduan kita ini menyakinkan rakyat Pakatan Harapan sedia untuk mengambil alih kerajaan pada 10 Mei ini.

“Sikap pengundi tidak menentu dalam pilihan raya ini. Sebab itu calon dan wakil calon dan petugas PH perlu dekati ahli Umno dan Pas kerana mereka kali ini belum tentu akan undi BN dan Pas.

“Jika penyokong Umno dan Pas belum tentu undi dacing atau bulan, mereka akan jadi nilai tambah kepada Pakatan Harapan pada 9
Mei nanti,” ujarnya yakin.

Timbalan Presiden PH Lim Guan Eng berkata setiap calon dan jentera parti perlu memberikan fokus mengenai isu ekonomi, manifesto PH dan tidak membuat sebarang serangan peribadi kepada calon di pihak lawan ketika berkempen.

“Jika boleh kita tumpukan kepada Manifesto Pakatan Harapan lebih baik daripada manifesto BN.

“Kita juga perlu menjaga hubungan antara jentera dan ahli sukarelawan yang membantu kempen semua calon kerana akhirnya yang akan menentukan sama ada kita menang atau kalah.

“Tidak guna jika 11 hari berkempen tetapi pada hari pembuangan undi semuanya luntur. Mereka yang membantu kempen kita mesti dijaga dengan baik,” ujarnya,

Setiausaha Agung DAP ini juga berkata, bagi calon pertama kali bertanding, mereka diminta sentiasa mengingatkan pengundi agar tidak mudah percaya dengan serangan BN tetapi percaya kepada pimpinan Pakatan Harapan.

“Saya past BN akan buat serangan bertubi-tubi kepada kepimpinan Pakatan Harapan termasukklah Anwar walaupun dia tidak bertanding, akan menjadi mangsa serangan BN.

“Kita bukan sebuah parti pembangkang tetapi kita adalah kerajaan menanti. Dan kita perlulah bergaya sebagai kerajaan yang menunggu untuk mengambil alih kerajaan BN kelak,” ujarnya.

Timbalan Presiden PH Tan Sri Muyiddin Yassin pula menasihati agar calon PH menampilkan kecemerlangan dalam pertandingan di semua kerusi Parlien dan Dun.

“Dalam tempoh masa yang sedikit kita percaya semua calon dapat mempamerkan semangat baharu dan kesediaan untuk berkorban kepada negara dan membela nasib bangsa dan rakyat Malaysia.

“Ini dapat kita cakna dalam bentuk ungkapan dalam bicara bukan setakat perkenalkan diri sebagia calon semata-mata.

“Masih ramai rakyat tidak memahami apakah dasar untuk kita bentuk kerajaan baharu kelak dan apakah konten manifesto yang akan kita bentangkan untuk mereka lebih memahami dan menerima sebagai pilihan terbaik.

“Semuanya terletak di atas kebijaksanaan calon ketika berkempen untuk disampaikan kepada rakyat.

“Dalam situasi masa kini di mana rakyat sudah terdedah dengan maklumat dan pengetahuan yang tersebar luas menerusi media sosial mengubah corak pemikiran rakyat.

“Kita harus ambil langkah awal calon disebelah sana (BN) bahawa kita sudah bersedia untuk mengalas beban cukup berat kerana sebelum itu banyak isu dan masalah yng dirosakkan BN untuk kita bersama baiki selepas PRU14 kali ini,” ujarnya.

Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, semua calon PH akan memikul harapan untuk memenangi PRU14 akan datang.

Justeru beliau mengakui sekiranya ada pihak yang tidak terpilih tidak bermakna parti melupakan pengorbanan mereka

“Kita dipertanggungjawabkan untuk ubah kerajaan yang mencengkam begitu lama dan ia begitu berat dan sesiapa yang memegang watikah itu menerima tanggungawab bersama.

“Ramai dikalangan yang pertama kali bertanding, menang bukan pasti dan bukan mudah.

“Jangan kita sombong. Saya mohon kita bersama telah menubuhkan Pakatan Harapan dalam dua tahun ini dan hingga ke hari ini bukanlah pengakhiran perjalan jika kita menang.

“Sebaliknya kita mesti penuhi tanggungjawab kita bersama untuk ubah pemerintahan yang teruk dan inilah barisan calon yang Pakatan Harapan ketengahkan untuk memimpin negara masa depan.

“Selamat berjuang dan pegang iltizam ini untuk mengubah corak pemerintahan. Pegang pada janji dan pegang kepada nilai untuk ajak rakyat Malaysia bersama mengubah kerajaan,” ujarnya.

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata sistem demokrasi yang dilaksanakan kerajaan BN telah banyak membawa keburukan kepada negara.

Justeru beliau mahu calon dan rakyat mengunakan sistem demokrasi ini secara lebih berhemah untuk memastikan pemerintahan yang lebih baik apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan.

“Kita mesti bertangungjawab kerana kita mengambil berat tentang masalah dan prestasi negara.

“Sistem demokrasi beri hak kepada 30 juta rakyat termasuk pengundi untuk tentukan siapa akan memerintah negara ini.

“Tetapi parti (PH) tidak boleh ambil alih kuasa melainkan kita adakan pemilihan. Pada 9 Mei kita akan ada pemilihan yang amat berat tanggungjawabnya begitu juga calon yang dipiih.

“Mereka sedang meletakkan diri mereka sebagai pilihan bagi rakyat untuk jadi pentadbir dalam negara ini kelak. Sama ada mereka akan dipilih rakyat ataupun tidak ia amat bergantung kepada sejauh mana calon sanggup menghadapi cabaran dalam usaha membina sebuah pemerintahan baharu,” ujarnya.

Bekas perdana menteri 22 tahun ini juga berpesan agar rakyat membuat pilihan bijak pada PRU14 kali ini.

“Jika kita silap pilih akan terima bebanan sebaliknya, pilih dengan bijak akan dapat banyak lagi kehendak dipenuhi

“Cuma selama 61 tahun ini (kerajaan BN yang memerintah), kita telah belajar banyak berkenaan dengan sistem demokrasi di mana kekuatan dan kelemahannya.

“Dengan pengalaman kita lalui ini sepatutnya kita boleh menentukan dikalangan siapa yang boleh dipilih, mentadbir negara sudah tentu adalah dikalangan mereka yang terbaik.

“Sungguhpun begitu kita tidak boleh jamin yang dipilih itu akan baik bila berkuasa kelak kerana mereka juga sama seperti manusia lain.

“Sedangkan kita lalui proses pemilihan dengan baik tetapi kita tidak boleh tentukan yang dipilih itu menjalankan tugas yang boleh diharapkan oleh rakyat,” ujarnya.

Justeru beliau berkata dengan pemerintahan kerajaan BN yang mencemarkan nama negara, menjadi tanggungjawab calon PH pula untuk mengubahnya apabila tertubuhnya kerajaan baharu.

“Mungkin kerajaan yang baharu ini juga akan beralih kepada kerajaan yang tidak disangka-sangka oleh kita. Ini terpaksa kita lakukan dan harapkan.

“Terpulang pada kita sama ada kita tahu milih antara kaca dan permata,” tegasya di hadapan lebih kurang 600 calon PH di Parlimen dan Dun seluruh negara. yang hadir untuk mendengar amanat kepimpinan utama Pakatan Harapan sebelum hari penamaan calon pada 28 April dan pembuangan undi pada 9 Mei depan.

 

 

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
2 user votes x 10.0