Amanat Qaradhawi : Negara Islam jangan biar Turki sendirian

Amanat Qaradhawi : Negara Islam jangan biar Turki sendirian

Negara umat Islam dan umat sendiri jangan membiarkan Turki berseorangan dalam menghadapi pembulian Rusia dan Syria.Ini amanat daripada Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam perutusannya kepada negara umat Islam di tengah ancaman pemboikotan ekonomi Rusia terhadap negara Turki.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Negara umat Islam dan umat sendiri jangan membiarkan Turki berseorangan dalam menghadapi pembulian Rusia dan Syria.Ini amanat daripada Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam perutusannya kepada negara umat Islam di tengah ancaman pemboikotan ekonomi Rusia terhadap negara Turki.

Yusuf Al QaradhawiTindakan Rusia ini berikutan tindakan Turki menembak jatuh kapal terbang pejuang Russia di semppadan Turki – Syria, kawasan yang sedang bergolak sekarang ini. Rusia memihak kepada rejim Presiden Bashar Al-Assad.

Turki mendakwa kapalterbang Rusia yang ditembaak jatuh itu berada di sekitar satu kilometer di kawasan Turki dan Turki mempunyai bukti akan hal ini.

Dalam satu perutusannya dari Qatar, Dr. Yusuf Al-Qaradhhawi berkata:
“Adalah menjadi kewajipan negara Islam dan umat Islam menyokong dan membantu produk dan ekonomi Turki.

“Umat Islam juga perlu berdiri teguh bersama Turki dalam isu-isu terkini.
“Persatuan UIama Sedunia menyeru umat Islam sama ada individu, syarikat dan kerajaan untuk bersama-samaa dengan Turki dalam isu terkini dan wajib menyokong produk Turki, membantu ekonomi negara itu dalam apa jua bentuk, sebagai merealisasikan persaudaraan kemanusiaan dan amal yang sama,” kata kenyataan itu yang dilaporkan oleh agensi berita Turki Anatolia.

Kenyataan Al-Qaradhawi itu selanjutnya berkata:
“Persatuan Ulama Sedunia mengikuti perkembangan terkini akan keadaan kekacauan di Syria dan apa yang dilakukan oleh zionis Israel di Palestin.

“Kejadian minggu lalu, iaitu pencerobohan ruang udara Turki, adalah adalah satu provokasi Syria dan Rusia yang memaksa Turki menembak jatuh jet pejuang Rusia dan cuba menarik Turki ke medan peperangan, sehingga berlaku pemboikotan Rusia ke atas barangan Turki.

“Persatuan ulama sedunia meminta masalah ini diselesaikan dengan baik dan cara diplomatik.

“Umat Islam perlu berdiri teguh dengan Turki di atas pendirian tegas Turki dalam isu-isu umat Islam, terutama isu Syria yang berdepan dengan pimpinan zalim, Bahar Al-Assad yang telah membunuh ribuan rakyat dan menghalau jutaan yang lain.

“Sokongan kepada ekonomi Turki wajib dilakukan atas dasar persaudaraan iman. Umat Islam perlu bersama dalam satu saf seperti apa yang diperingatkan oleh Al-Quran dan hadis baginda rasulullah s.a.w.

“Oleh itu Persatuan Ulama Sedunia menyeru negara umat Islam, rakyat dan syarikat serta individu menyokong barangan keluaran Turki dan menguatkan ekonominya dengan semua cara, termasuk pelancongan.
“Kita tidak boleh meninggalkan Turki bersendirian, kerana apa yang dihadapi Turki hari ini adalah kerana pendiriannya bersama kebenaran dalam isu umat Islam di Syria dan Palestin dan umat Islam di Somalia, Myanmar, Iraq, Mesir dan Libya dan semua yang ditindas diseluruh dunia,” kata kenyataan Al-Qaradhawi itu.

Situasi di kawasn tersebut memang sangat membara. Puluhan ribu pelarian Syria diberitakan sedang berlindung di sempadan Turki-Syria, belum lagi yang menjadi pengungsi di bumi Turki sejak perang di Syria itu meletus.

WalaupunTurki kelihatan masih mampu menghadapi disuasi yang gawat, terutama di sempadan Turki-Syria, tetapi negara umat Islam perlu memberikan sokongan kepada Turki, justeru Turki, pimpinan Presidennya, Recep Toyeeb Erdogan, menjadi benteng umat Islam.

Erdogan sudah berikrar tidak akan menyerah kalah dalam mempertahankan kebenaran negaranya dan ‘saya hanya takutkan Allah.”

Tujuan Rusia untuk memboikot produk Turki, hanya semata-mata untuk melumpuhkan ekonomi negara itu. Tetapi ramai penganalisis yakin, bahawa Turki sebagai bangsa yang ulit, dengan sejarahnya yang panjang dan unggul, pernah berdepan dengan pelbagai situasi, maka ia diyakini dapat menghadapi krisis baru ini.

Jutaan pelancong dari seluruh dunia, setiap hari membanjiri bukan saja kota Istanbul, tetapi kota-kota lain juga di Turki, malah hasil pelancongan menjadi salah satu sumber ekonomi negara yang cantik itu.

Maka itu, negara umat Islam sangat wajar menyahut seruan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi itu supaya tidak membiarkan Turki berseorangan menghadapi krisis terbaru ini.

TAGS