Amaran angin kencang dan laut bergelora hingga Jumaat

Amaran angin kencang dan laut bergelora hingga Jumaat

Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50 km sejam (kmsj) dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Sabah (Barat dan Timur) sehingga Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan malam ini berkata keadaan yang sama juga dijangka berlaku di kawasan perairan Selat Melaka Utara, Samui, Selatan Condore, Selatan Reef North, Layang-layang, Labuan dan Sulu.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu, Phuket, Selat Melaka Utara, Samui, Tioman, Condore dan Reef North sehingga 1 pagi ini (Rabu).

Menurut kenyataan itu juga, angin kencang Barat Daya berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Phuket, Utara Condore, Utara Reef North dan Palawan sehingga Jumaat ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

Ia juga berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

2.5
OVERALL SCORE
1 user vote x 5.0
CATEGORIES