Malaysia Dateline

Amaran hujan berterusan di empat negeri hingga 10 Disember ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka berlaku di empat negeri sehingga 10 Disember ini.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan 4 petang tadi, memaklumkan keseluruhan Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan berterusan.

Di Perak merangkumi kawasan Hulu Perak dan Kuala Kangsar manakala Pahang membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sementara itu, laman web rasmi Public Infobanjir menyenaraikan enam negeri mencatatkan aras air di tahap amaran.

Negeri terbabit ialah Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Sarawak.

Baca juga Risau terperangkap dalam banjir – Ini tiga laman media info berguna patut kerap dilihat

Baca juga Tersuka rakan satu tempat kerja sebab suami tak layan, netizen perli tah-tah suami dia pun jaga perasan wanita lain