Malaysia Dateline

Amaran ribut petir di Kuala Selangor, Klang dan Johor

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa tempat untuk di Kuala Selangor dan Klang bermula awal pagi sehingga jam 9.00 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) Amaran itu turut dikeluarkan bagi negeri Melaka, Johor membabitkan Tangkak, Muar dan Batu Pahat, serta di Sarawak Mukah (Dalat dan Mukah) dan Kapit (Kapit dan Bukit Mabong).

Amaran yang di keluarkan pada 4.45 pagi tadi apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.