Malaysia Dateline

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang sehingga 8 malam ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga 8 malam ini.

Menerusi kemaskini terbaru MetMalaysia pada jam 5 petang, tujuh negeri dijangka menerima perubahan cuaca sehingga jam 8 malam ini termasuklah Kedah (Kulim); Pahang (Lipis dan Raub); Negeri Sembilan (Rembau dan Tampin).

Turut terlibat, Melaka; Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru); Sarawak (Kuching dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya); dan Pantai Barat Sabah (Tuaran, Ranau dan Kota Belud).

Manakala ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka akan berakhir lebih awal pada jam 7 malam ini di beberapa negeri dan kawasan.

Antaranya Kedah (Bandar Baharu); Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Bentong); Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol).

Selain itu, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.