Malaysia Dateline

Amaran ribut petir, hujan lebat di pantai barat Semenanjung

Sepanjang fasa pertama Monsun Timur Laut iaitu mulai sekarang hingga hujung bulan Disember 2020 kejadian ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku lebih menyeluruh, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Dalam kenyataan MET Malaysia memberitahu hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri pantai barat Semenanjung iaitu Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor termasuk di barat Sabah dan barat Sarawak.

“Ini disebabkan oleh faktor penumpuan angin dari arah timur dan barat serta kelembapan udara yang tinggi di seluruh negara yang menggalakkan pembentukan awan ribut petir.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku di kawasan-kawasan yang rendah dan kerosakkan ke atas struktur-struktur yang tidak kukuh, ” katanya.

Justeru, MET Malaysia menasihatkan agar orang ramai sentiasa peka denga amaran cuaca yang dikeluarkan melalui laman web jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media siosial rasmi serta boleh menghubungi hotline MET Malaysia di 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.