Ambil kira pihak lain, Tuan Ibrahim dan Guan Eng layak terima pujian

Ambil kira pihak lain, Tuan Ibrahim dan Guan Eng layak terima pujian

Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa Pas akan berunding dengan PKR jika pilihanraya mengejut di Pulau Pinang berlaku dan langkah Ketua Menteri Lim Guan Eng membatalkan cadangan PRN itu kerana Pakatan Harapan tidak sebulat suara patut dipuji kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

“Terima kasih saya kepada Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang membuat kenyataan sebelum keputusan PRN P.Pinang diumumkan oleh KM tidak diteruskan kerana menyatakan jika PRN berlaku “Pas sedia berunding dengan PKR” tidak dengan Dap dan Amanah.

“ini satu petanda yang baik kepada penyatuan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.

Walaupun hanya sekadar bersedia berunding dengan PKR katanya, pimpinan Pas telah menghayati kepada perlunya perbincangan dan perundingan walaupun dengan PKR yang telah banyak mengguris hati pimpinan dan ahli Pas bermula dengan PRN Serawak PKR bertanding di kerusi Dun yang Pas lebih dahulu umumkan untuk bertanding.

“Begitu juga dalam dua PRK Sg.Besar dan K.Kangsar PKR telah turun berkempen membantu calon Amanah dan mengajak pengundi menolak calon Pas.

“Begitu juga dengan kenyataan Timbalan Presiden PKR yang dikatakan mengugut untuk buang exco dari Pas jika tidak.memberi laluan PKR untuk bertanding di Sg.Besar.

Beliau percaya kesediaan Pas ini walaupun hanya sekadar untuk berunding dengan PKR ia satu permulaan yang akhirnya Pas akan menerima DAP dan Amanah sebagai rakan kongsi politik dalam kerjasama untuk perubahan masa depan.

“Saya juga penuh yakin Pas juga bersedia menerima parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Tun Mahathir walaupun Pas mempunyai sejarah hitam Tun semasa beliau menjadi PM,” katanya.

Beliau juga cukup bersetuju dengan Datuk Iskandar Naib Presiden Pas yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor supaya pimpinan dan ahli Pas keluar dari berada dalam perigi buta ke dunia yang bercahaya di bawah sinar mentari.

“Ini penting untuk melihat Malaysia dan rakyatnya mendapat harapan baru.

Kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan DAP beliau ucap tahniah kerana keputusan untuk membatalkan hasrat mengadakan pilihanraya negeri P.Pinang lebih awal.

“Ini bermakna tiadalah pembubaran Dun P.Pinang.

“Pembatalan tersebut menunjuk sikap terbuka Lim yang mendengar dan menerima pandangan berbagai pihak tentang baik buruk piliharaya negeri P.Pinang diadakan lebih awal.

“Pendirian yang diambil oleh KM Lim dalam konteks PH juga menunjukan satu perkembangan yang sihat dalam pakatan pembangkang untuk memastikan setiap keputusan mesti secara bersama,” katanya.

Rakyat katanya, menaruh harapan besar dari kebijaksanaan pimpinan parti pembangkang untuk sebuah Malaysia baru.

“Saya mengharap parti parti kerajaan menunggu akan bersedia berkongsi kerusi pilihanraya dengan tidak tamak dan tidak kedekut,” katanya.