Ambil peluang sektor pelancongan kapal persiar di P.Pinang, kata Pengerusi KUB

Ambil peluang sektor pelancongan kapal persiar di P.Pinang, kata Pengerusi KUB

Datuk Ahmad Ibnihajar

Usahawan Melayu perlu mengambil peluang yang begitu banyak dalam sektor pelancongan di Pulau Pinang.

Malah peluang yang terbuka luas itu sepatutnya telah lama digarap khususnya peniaga kecil dan penduduk tempatan.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Koperasi Usaha Bersatu Malaysia Berhad (KUB), Datuk Ahmad Ibnihajar ketika ditemui.

Jelas beliau lagi setiap bulan begitu banyak kapal pelayaran mewah atau ‘cruise’ yang singgah di Pelabuhan Pulau Pinang dengan membawa sekitar 3,000 pelancong yang masuk ke negeri ini setiap kali ia singgah.

Namun begitu berapa ramai pengusaha dan usahawan Melayu yang telah diberi peluang bagi menjana ekonomi ekoran kehadiran pelancong pelayaran yang senantiasa meningkat.

“Dengan jumlah 3000 pelancong setiap kali tiba, sudah pasti ia memerlukan puluhan bas, ratusan van dan juga ratusan beca.

“Apa lagi dengan aktiviti kebudayaan dan tradisional yang begitu banyak diperlukan termasuklah permainan tradisional serta makanan tradisional.

“Berapa ramaikah peluang yang ada ini diperolehi oleh peniaga tempatan bagi menambah ekonomi dan pendapatan mereka setiap kali kehadiran ribuan pelancong tersebut, ” kata beliau.

Tegasnya lagi, seharusnya Kementerian Pelancongan memberi perhatian serius bagaimana peluang yang begitu banyak terdapat di Pulau Pinang dapat dikongsi bersama oleh peniaga kecil bagi meningkatkan ekonomi mereka.

Sebelum ini Exco Pelancongan Pulau Pinang, Danny Law menyatakan terminal pelayaran antarabangsa di Pelabuhan Swettenham menerima panggilan kapal pesiar antarabangsa yang senantiasa meningkat.

Sebanyak 125 panggilan sehingga September 2017 yang diterima dari kapal pesiar antarabangsa dan 136 pada tahun sebelumnya iaitu 2016.

“Berdasarkan kepada panggilan-panggilan yang telah dibuat oleh kapal-kapal pesiar antarbangsa tersebut ia membuktikan terlalu banyak ruang dan peluang yang boleh diperolehi apabila kapal tersebut berlabuh.

“Siapa sahaja yang menjadi Menteri Pelancongan selepas ini mesti memberi keutamaan agar perolehan pendapatan daripada kehadiran ribuan pelancong setiap kali berlabuh di Pulau Pinang dapat dikongsi bersama oleh peniaga kecil dan bukannya usahawan besar semata.

“Sekiranya ini dapat dilaksanakan maka pendapatan yang masuk dapat diseimbangkan bukan saja kepada pengusaha besar sebaliknya mereka yang menjalankan perniagaan kecil turut mendapat habuan tersebut, ” jelasnya lagi.

Beliau juga berkata, setakat ini banyak peluang yang ada termasuklah dari segi pengangkutan, perhotelan, pemakanan dan seumpamanya tidak seimbang dan harus diberi perhatian serius.

“Orang Melayu di Georgetown sehinggalah ke Balik Pulau harus juga diberi peluang untuk menjana ekonomi dalam sektor pelancongan kapal pesiar.

“Pastikan kehadiran pelancong yang senantiasa meningkat saban waktu ke Pulau Pinang tidak hanya dibolot oleh jerung-jerung besar, sebaliknya peniaga kecil tidak mendapat manfaat yang sewajarnya.

“Oleh kerana itu kerajaan negeri maupun kerajaan pusat harus memberi perhatian serius agar peniaga kecil tidak dipinggirkan serta dapat sama menikmati peluang besar atas kehadiran pelancongan kapal pesiar tersebut, ” tambahnya lagi.

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS