Malaysia Dateline

AMCJL sokong pendirian kerajaan segera ambil tindakan ke atas Jho Low

Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL) menyokong penuh pendirian kerajaan untuk segera mengambil tindakan undang-undang terhadap Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jurucakap AMCJL Faiz Fadzil berkata, Jho Low tidak seharusnya dibiarkan terus bebas dan mengatasi undang-undang.

Sebagai masyarakat sivil yang prihatin terhadap keadaan negara yang sedang mengalami proses perubahan baik dari sudut politik, ekonomi dan pentadbiran.

” AMCJL bersedia bersama-sama kerajaan mencari Jho Low kerana tangkapan ke atas Jho Low begitu penting bagi membolehkan siasatan jenayah skandal 1MDB dijalankan secara menyuluruh dan adil bagi memulihkan integriti dan nama baik negara.

“Jho Low yang dilindungi sang penguasa kleptokrat selama ini dilaporkan bergerak bebas dari satu negara ke satu negara termasuk di China, Thailand dan terkini di Taiwan.

“AMCJL menggesa Ketua Polis Negara mendapatkan kerjasama kerajaan negara-negara berkaitan supaya Jho Low ditangkap untuk diekstradisi ke Malaysia di bawah Perjanjian Ekstradisi atau Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

“Malahan, pada 5 Jun yang lalu, satu laporan polis juga telah dibuat bagi mendesak perkara yang sama,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan dibuat Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipetik berkata, pihaknya sedang menunggu maklumat berkaitan sebelum memutuskan untuk menangkap dan mendakwa individu yang terbabit dalam jenayah pengubahan wang haram itu.

Muhyiddin berkata, semua sudah maklum bahawa Jho Low adalah penjenayah utama yang menjadikan skandal 1MDB sebagai skandal terbesar dunia tetapi ada perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan seterusnya diambil.

Jho Low yang dilindungi kerajaan BN sebelum ini perna berada di beberapa negara termasuk di China, Thailand dan terkini di Taiwan.