Ameera Khan tayang kereta BMW baru berharga hampir sejuta ringgit, “mama and daddy bought it for me!”

Oleh KIM SYAZIE

Adik Neelofa iaitu Ameera Khan mencuri perhatian ramai apabila berkongsi gambar kenderaan baru miliknya iaitu BMW i7 yang dikatakan keluaran terbaru dari jenama itu.

Ramai tertanya-tanya adakah Ameera membeli kenderaan itu menggunakan duitnya sendiri 

Namun, menjawab persoalan ramai, Ameera memaklumkan bahawa ibu dan bapanya yang memberikan hadiah istimewa tersebut sempena ulang tahun kelahirannya yang ke- 22 baru-baru ini.

Ameera memaklumkan perkara itu menerusi siaran langsung selepas ada individu bertanyakan tentang kereta pacuan empat roda miliknya.

“Little Miss Khan baru beli kereta BMW?

“No, mama and daddy bought it for me,” katanya.

Di ruangan komen, ramai yang menyifatkan adik kepada Neelofa itu sangat bertuah kerana tidak hanya memiliki rupa paras yang cantik, malah sentiasa dilimpahi dengan kemewahan.

“Born with a silver spoon.

“Biasalah daddy dia kaya

“BMW i7 baru launching haritu wei,”komen netizen

@neelofa_store

betuah LMK dpt hadiah kereta bmw i7 😍 #fyp #neelofastore

♬ Every Second – Mina Okabe

Sebelum ini, Ameera turut memuat naik beberapa foto kereta mewah miliknya itu di laman sosial Instagram.

“She’s home and she is mine,” tulisnya.

Difahamkan, kereta pacuan empat roda jenis BMW i7 itu mula dilancarkan pada tahun ini dan harganya dianggarkan lebih dari RM700,000.

Baca juga: Siap bawa anak dan isteri, terkejut dengar alasan lelaki ini curi tabung masjid