Amelia Christie beli kereta idaman kedua pada usia 24 tahun, terkejut tahu harga cecah RM150,000

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon Amelia Christie Lim mula dikenali ramai selepas dia sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Sharnaaz Ahmad.

Namun hubungan itu tidak bertahan dan mereka memilih untuk meneruskan haluan masing-masing. Sejak itu Amelia terus menjadi tumpuan pengguna media sosial.

Siapa duga, di usia muda yang baru sahaja memasuki 24 tahun, pelakon jelita ini sudah pun memiliki kereta idamannya yang kedua.

Difahamkan, kereta jenama Jaecoo itu berharga sekitar RM150,000.

Amelia berkongsi khabar gembira itu di TikTok miliknya 

“Alhamdulillah, bersedia untuk mencipta kenangan bersama ‘the new beast’,” kata Amelia

Sementara di ruangan kapsyen, pelakon drama siri Histeria The Series itu meluahkan rasa syukur kerana urusan pembelian kereta keduanya itu dipermudahkan.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian Sharnaaz yang mengucapkan tahniah kepada bekas teman wanitanya itu atas pencapaiannya.

“Tahniah, awak berhak mendapatkan itu atas usaha keras awak selama ini,” ucapnya.

Baca juga: Getah peti ais dah longgar sebab kerap buka pintu? Ini cara nak tukar sendiri, jimat duit!