Pelakon jelita, Amelia Henderson kembali menyita perhatian apabila kongsian tangkap layarnya yang dimaki peminat tular di media sosial baru-baru ini.
Siapa sangka, tindakan Amelia yang tidak membalas pesanan ‘fans’ menerusi khidmat direct message (DM) mengakibatkan dirinya dihambur dengan kata-kata kesat.
Menerusi tangkap layar itu, pemilik nama sebenar Amelia Thripura Henderson itu menerima pesanan soalan tentang darah kacukannya.
Hal demikian kerana pelakon asal Klang, Selangor itu sangat terkenal dengan wajah pan-Asia atau kacukan ‘Mat-Salih’.
Namun, mungkin bosan dengan soalan yang sering ditanya, Amelia tidak menghiraukan pertanyaan peminat misterinya itu.
Geram pesanannya tidak dibalas, peminat tersebut menyangka Amelia merupakan aktres yang sombong lalu bertindak meninggalkan kata-kata kesat kepadanya.
Pelakon filem kontroversi Pulau ini tidak terus melatah sebaliknya cuma berkongsi mesej yang sering diterimanya di sosial media.
Ciapan Amelia di Twitter dengan kapsyen ‘Welcome to my DM’ itu mengundang pelbagai reaksi antaranya cadangan agar pelakon itu berhenti membaca sebarang pesanan yang diterima.
Namun, aktres muda itu berkata tidak aneh buat mereka yang mempunyai ramai pengikut untuk membaca DM yang diterima tetapi amalan mengutuk artis bukanlah perkara yang wajar.
“Tiada masalah sekiranya anda melakukan kesalahan di usia yang muda. Anda dimaafkan sekiranya tidak melakukannya lagi.
“Tetapi, bersikap jahat bukanlah perkara yang melucukan. Influencer adalah manusia biasa yang turut berdepan dengan hari yang buruk,” nasihatnya kepada peminat.
Baca juga: Kucing Oyen Jadi Saksi Pernikahan, Netizen Warning Suami Bakal Dirampas ‘Orang Ketiga’
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio