Aminolhuda sebak di Sekolah Menengah Sains Johor

Aminolhuda sebak di Sekolah Menengah Sains Johor

Aminolhuda ketika memberikan sumbangan kepada pelajar terbaik di daerah Kluang.

Sekolah Menengah Sains Johor adalah sekolah yang banyak melahirkan tokoh-tokoh hebat dalam politik di tanahair dan ia turut melahirkan insan bernama Aminolhuda Hassan.

Dalam pertemuan mengenang nostalgia di sekolah lamanya, Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Negeri Johor, Aminolhuda Hassan meluahkan rasa hibanya di sekolah tersebut.

Lebih tiga puluh tahun beliau meninggalkan sekolah berkenaan yang pernah didudukinya kini menjadi antara sekolah cemerlang di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani itu turut berucap ketika dijemput untuk menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada seramai seratus pelajar di daerah Kluang Johor.

Dalam ucapan tersebut, Aminolhuda menyentuh soal nostalgia beliau sewaktu berada di sekolah tersebut dan turut menyampaikan Dasar Pendidikan Negeri Johor.

“Sekolah ini akan dibangunkan dengan pembinaan akhlak sesuai dengan Dasar Pendidikan Negeri Johor.

“Akhlak merupakan suatu cerminan penting untuk dibina selain pencapaian akademik yang akan diukur.

“Kerajaan Negeri Johor juga akan membina pelajar yang berfikiran kritis dan berani memberi pandangan. Selain itu pemikiran kreatif adalah salah satu penekanan dalam pembentukkan pelajar,” ucap beliau.

Aminolhuda turut memberikan cabaran bagi mewujudkan persaingan sihat agar sekolah tersebut menjadi sekolah terbaik di negeri ini.

“Hari ini sekolah ini menduduki tangga yang kedua dan saya ingin memberikan cabaran agar pihak sekolah dan pejabat pendidikan daerah untuk menjadi sekolah ini yang terbaik di Johor,” YB Haji Aminolhuda Haji Hassan.

Dalam majlis tersebut, beliau turut mengagihkan sumbangan kepada seramai seratus orang pelajar cemerlang di daerah Kluang dan beliau turut meninjau ke seluruh kawasan sekolah serta melihat infrastruktur sekolah yang perlu ditambah baik.