Malaysia Dateline

Aminuddin jawab Najib dakwa tipu projek masjid

Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan tuduhan kerajaan negeri cuba menipu rakyat susulan peruntukan pembinaan masjid baru ditarik balik.

Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan perlu memastikan kesesuaian tanah untuk projek itu kerana perkara melibatkan wang rakyat, lapor Utusan Online.

 “Pendirian kerajaan ialah mana-mana tanah yang diserahkan kepada kami mestilah sesuai dan bukan tanah paya,” katanya.

“Buat apa hendak buat (masjid) kalau dapat tapak yang tidak sesuai,” katanya seprti dipetik bhonline.

 Beliau mengulas kenyataan bekas perdana menteri di Facebook berhubung penarikan peruntukan pembinaan masjid baru di pinggir bandar IOI, Jempol bernilai RM7.17 juta.

Mengingatkan Datuk Seri Najib Razak supaya “jangan jadi orang yang tidak bijak”, Aminuddin turut menyalahkan kerajaan dahulu kerana mengabai aspek kesesuaian tanah.