Amir Hussein dilantik Pengerusi  Perbadanan Labuan yang baharu

Amir Hussein dilantik Pengerusi  Perbadanan Labuan yang baharu

Aktivis masyarakat yang juga ahli perniagaan, Datuk Seri Amir Hussein telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan yang baharu.

Perlantikan Amir dibuat dalam satu majlis di Perbadanan Labuan oleh Menteri Wilayah Khalid Samad semalam.

Selain Amir, turut diumumkan adalah perlantikan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

Antara yang dilantik adalah Dr Ramli Tahir.

Sebelum ini Pengerusi PL adalah ahli parlimen Labuan Datuk Rozman Haji Isli, dari Umno yang telah menyertai Warisan baru-baru ini.