Amirudin umum Anggota Majlis Pimpinan PKR Selangor penggal 2018-2021

Amirudin umum Anggota Majlis Pimpinan PKR Selangor penggal 2018-2021

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor, Amirudin Shari hari ini mengumumkan senarai anggota Majlis Pimpinan Negeri itu bagi penggal 2018-2021.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata lantikan tersebut diputuskan selepas melakukan beberapa siri perbincangan dengan pimpinan parti termasuk presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya berharap agar anggota Majlis Pimpinan Negeri Selangor yang telah dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dan maju bersama untuk menjayakan agenda demi kemaslahatan rakyat negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berikut adalah senarai Anggota Majlis Pimpinan Negeri Selangor Penggal 2018-2021:

Pengerusi: Amirudin Shari

Timbalan Pengerusi: Hee Loy Sian

Naib Pengerusi 1: Borhan Aman Shah

Naib Pengerusi 2: Dr Shathis Kumar

Naib Pengerusi 3: Senator Dr Yaakob Sapari

Setiausaha: Radzlan Jalaludin

Setiausaha Pengelola: Zakaria Abd Rahim

Bendahari: Lee Chin Cheh

Ketua Penerangan: Elizabeth Wong

Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri: Yahya Shaari

Pengarah Strategik: Datuk Khalid Jaafar

Pengarah Komunikasi: Saifuddin Shafi Muhammad

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri: Najwan Halimi

Ketua Wanita Negeri: Dr Daroyah Alwi

Anggota Tetap: Semua Ketua Cabang Negeri Selangor

Anggota Lantikan:

1. Haniza Mohamed Talha

2. Rodziah Ismail

3. Hilman Idham

4. Talib Bujang