AMK Ampang tegaskan tidak guna jentera Pas, sedia lawan konco Umno

AMK Ampang tegaskan tidak guna jentera Pas, sedia lawan konco Umno

Muak dengan serangan bertali arus Pas Selangor terhadap Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berhubung komen beliau terhadap kenyataan Ketua Pemuda Pas untuk menawan Selangor, Angkatan Muda Keadilan (AMK), berdiri teguh mempertahankan Menteri Besar Selangor itu dan mengecam 'kenyataan nakal' Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Muak dengan serangan bertali arus Pas Selangor terhadap Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berhubung komen beliau terhadap kenyataan Ketua Pemuda Pas untuk menawan Selangor, Angkatan Muda Keadilan (AMK), berdiri teguh mempertahankan Menteri Besar Selangor itu dan mengecam ‘kenyataan nakal’ Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Ketua AMK Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah berkata, kenyataan Nik Abduh untuk menawan Selangor sudah cukup menggambarkan bahawa Pas yang sebenarnya mula bermain api serta menimbulkan ‘provokasi nakal’.

“AMK Ampang dengan tegas mengingatkan bahawa pada PRU 13 yang lalu, kami tidak mengunakan jentera Pas mahupun jentera Dewan Pemuda Pas. Parti Keadilan Ampang mempunyai kekuatan Angkatan Muda dan Sayap Wanita Keadilan yang cukup, serta kami sendiri yang menguruskan segala hal mengenai PRU13 yang lalu,” tegas beliau.

AMK Ampang tambah beliau, kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa Dewan Pemuda Pas kawasan di Selangor yang menyerang Menteri Besar, seolah-olah sedikitpun tidak menghiraukan masa depan negara yang kini berada di dalam keadaan mendung dan bergelumang dengan rasuah serta salah guna kuasa.

“Seharusnya tekanan diberikan kepada regim kleptokratik Umno dan BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak, bukannya menyerang pentadbiran Selangor yang terbukti cemerlang dan bersih dari penyelewangan serta salah guna kuasa,” ujarnya.

Sehubungan itu, Adam Rosly memberi amaran akan menentang sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan rejim kleptokrasi BN dan menyeru seluruh rakyat Selangor berganding bahu mempertahankan kepimpinan Azmin Ali yang terbukti cemerlang dan bersih dalam mentadbir negeri Selangor.

“Jangan gadaikan undi demi memastikan regim dan konco-konconya kekal menzalimi masa depan anak bangsa. Satukan tenaga lawan regim Umno dan konco-konconya,” tegas beliau dalam satu kenyataan.

TAGS