AMK kemuka usul gantung jawatan Adam Rosly

AMK kemuka usul gantung jawatan Adam Rosly

Selepas didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Angkatan Muda PKR yang bermesyuarat baru-baru ini akan membawa usul supaya Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly digantung jawatan, susulan kes membabitkan banglo mewahnya yang mengundang enam pertuduhan minggu lalu.

FMT melaporkan usul itu sudah diluluskan dalam mesyuarat biro politik sayap itu, tetapi belum dibentangkan secara rasmi kepada Jawatankuasa Disiplin PKR.

“Kami akan memberitahu dalam satu dua hari ini,” kata Ketua AMK PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang enggan mengesahkan atau menafikan perkara itu.

Pada Jumaat, Adam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 6 pertuduhan berkait keterangan palsu, di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Beliau dituduh memberi keterangan dan dokumen palsu ketika siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Februari lepas berkenaan banglo mewahnya di Kampung Melayu, Ampang.

Antara lain, Adam dituduh berbohong ketika menyenaraikan pecahan sumber dana untuk pembelian banglo itu, yang menurutnya berharga RM1.2 juta.

Adam berkata lebih setengah juta ringgit dibayar menerusi pinjaman dua orang Ah Long.

Semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengulangi desakannya supaya Adam mengisytiharkan harta dan bercuti sehingga selesai perbicaraan.

COMMENTS

Wordpress (0)