AMK mahu PTPTN fokus pada peminjam yang tidak membayar

AMK mahu PTPTN fokus pada peminjam yang tidak membayar

Perbadanan Tabung Tinggi Nasional (PTPTN) seharusnya fokus kepada peminjam yang masih belum membayar sebarang pinjaman serta mereka yang mempunyai masalah dalam membayar pinjaman tersebut.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, fokus perlu diberikan kepada yang belum membayar hujang pinjaman itu supaya mereka boleh membayar balik pinjaman itu dengan kerap dan juga konsisten dan bukannya peminjam yang sudahpun membayar secara berterusan.

“Saya akan berjumpa sendiri dengan pengerusi PTPTN untuk menyampaikan hasrat atau pandangan daripada anak-anak muda supaya kita dapat bersama-sama menjamin kelangsungan pembayaran tetapi dalam masa yang sama tidak membebankan para peminjam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Karnival Rakyat Parlimen Johor Bahru di Dewan Besar Kompleks Belia dan Sukan, semalam.

Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata antara maklum balas yang diterimanya daripada golongan peminjam PTPTN ini ialah mereka mahu diberikan masa yang mencukupi untuk membuat sebarang penyelarasan sebelum pelaksanaan pembayaran baru dilaksanakan.

— BERNAMA