AMK Permatang Pauh sokong Anwar tanding Presiden PKR

AMK Permatang Pauh sokong Anwar tanding Presiden PKR

Haidar Auni Dzolkapli

Hasrat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding bagi kerusi Presiden dalam pemilihan parti tersebut tidak lama lagi disokong sepenuhnya oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Permatang Pauh.

Naib Ketuanya, Haidhar Auni Dzolkapli berkata, Anwar kini merupakan ikon bukan saja untuk negara ini, sebaliknya bagi seantero dunia setelah ia mendapat pengampunan Di Raja sepenuhnya baru-baru ini.

“Akar umbi PKR khususnya di Permatang Pauh memberi dokongan penuh kepada Anwar untuk kembali ke arena politik negara serta memimpin parti yang telah melakar sejarah perjuangan sejak 1998 lagi.

“Pemilihan parti yang akan diadakan pada September nanti merupakan platform yang terbaik bagi beliau untuk masuk semula ke kancah politik serta mampu menguatkan parti.

“Kami di Permatang Pauh menyokong tanpa belah bahagi kepada ikon reformasi sebagai Presiden parti, ” ujarnya.

Jelas beliau lagi, cadangan agar Anwar bertanding bagi kerusi Presiden parti telah pun dizahirkan oleh Timbalan Ketua AMK Pusat, Dr Afif Bahardin sebelum ini.

Tegasnya lagi, PKR perlu membuat persediaan yang lebih mantap dan baik kerana Anwar merupakan bakal Perdana Menteri yang ke 8 sepertimana yang disepakati oleh Pakatan Harapan semasa pilihan raya umum ke 14 yang lalu.

“Justeru itu tindakan beliau untuk bertanding bagi menerajui kerusi Presiden parti pada pemilihan kali ini mampu memberi imej serta menaikkan semangat juang kepada ahli PKR.

“Selain itu kunjungan maupun jemputan yang acapkali diterima oleh Anwar dari pimpinan dalam dan luar negara menyerlahkan lagi simbolik penantian pembebasan beliau selama ini.

“Rentetan itu, kesediaan beliau untuk bertanding bagi kerusi Presiden pada kali ini memberi impak positif bukan saja kepada akar umbi tetapi juga keseluruhan anggota parti yang mendokong perjuangan PKR selama ini, ” tambahnya lagi.

Semalam Anwar telah mengumumkan menerima cadangan untuk bertanding bagi kerusi Presiden parti pada kali ini demi kelangsungan PKR dengan penuh kesedaran atas prinsip ‘Iltizam Bil Jamaah’ serta menawarkan diri bagi kerusi tersebut.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote